hey,my little friends

Wednesday, 18 December 2013

i love you MOM

Mother,

A mother is someone who love you so much,
that we sometimes can't understand it.

A mother is someone who make us realize how good we are
there is no better than us.

Her happiness is in our laughter,
and sorrow in our sorrow.

She is someone we can't live without,
She is everything.

Mother is the most precious in this world.

#publish  #mom is my everything

Wednesday, 4 December 2013

dust !!!

sudah sekian lama aku menyepikan diri. tidak berkunjung ke laman blog ini. macam dah telan dek zaman rasanya. dek kerana sibuk dengan pelajaran, almaklumlah bakal graduate. *sebenarnya tak ada benda nak cerita. ini pun sebab boring + tak boleh tidur. moh ler kita mengarut sekejap.

sem ni aku last dekat kolej ni. tak ada la last mana pun. sem depan ada praktikal pula. datang juga lah kolej ni nanti kan. tapi, tamat lah sesi pembelajaran yang sangat2 lah aku nanti kan. tak larat dah nak perah otak woii buat assg, test, quiz dan seangkatan dengannya lah. kawan2 aku yang lain ramai yang dah  habis. sem ni tinggal berapa kerat je haa. sem depan memang semua geng geng yang sekutu dengan aku habis terus (1 batch). yang lain2 tu ada lah juga, degree and yang nak tua dekat kolej ni. hahahaha. maaf maaf.

yang paling aku cuak sekali makin dekat nak habis ni makin aku risau pula kalau2 aku jadi penanam anggur yang berjaya pula. yang dah habis semua tak sampai 3 bulan habis. tahu2 dah start kerja dah. amboi, lubuk mana korang cari kerja terus dapat. aku yang duk cari tempat praktikal ni pun risau ha tak tahu nak praktikal mana. tah dapat tah tidak. *pikir pun dah cuak,ini kan nak pergi.huuu..

but,lepas ni hanya tinggal kenangan lah. lepas ni request 3 tahun sekali buat reunion. haa..oke tak macam tu?
setiap 3 tahun sekali jee jumpa. time tu kau nak tahu kau kawin ngan siapa,anak kau berapa pun tak pe. macam update. tahu jee apa korang buat selama 3 tahun. hurrmm~~ ada ke yang nak setuju benda senget ni.? kot2 ada yang dah duduk oversea masak nak kena balik. semata2 reunion. daebakk!

hye, banyak dah kenangan dekat LAGENDA COLLEGE ni. yang suam2 kuku, yang payau semua rasa laa dah penah lalui. gaduh baik, gaduh baik, kau salah, aku salah, kau jahat,aku baik. semua ada. lepas ni masing2 dah masuk ke dunia baru. lagi banyak dugaan. moga semuanya dipermudahkan. Insya Allah. Aaminn~

oke. dah tak tahu nak ngarut apa. kita berhenti setakat ini sahaja lah. nanti kalau ada mood dan ada cerita nak dikongsikan. akan aku update lagi lah. selamat tinggal.

peringatan:jangan minum nescafe tengah2 malam.nanti tak tidur sampai ke besok. motive? tak ada. salah sendiri.

#publish #ciksitifairuz




Sunday, 29 September 2013

jiwa kacau,mental koyak.

Assalammualaikum uolls.sekarang jam menunjukkan pukul 4.33 a.m.good morning uollss.wah wah wah stress.sekarang still tak boleh nak lelapkan mata.cari bahan untuk assignment macam cari harta karun zaman purba.punyalah susah nak cari.buka benda lain,benda lain yang keluar.masalah.alang2 tengah serabai ni.ambil kesempatan update blog yang dah lama tinggal ni.

masalah paling berat dan paling besar sekali MALAS.itulah satu perkataan yang dapat diungkapkan.bila dah cari bahan tak jumpa malas lah jadinya.tapi nak buat macam mana.nak tak nak kena buat juga lah kan.terpaksa.kalau tak memang fail lah jawabnya sem ko kali ni.adat belajarkan bak kata orang "awam".makin dekat nak habis belajar ni makin malas pula nak buat kerja.yela dah tahu bila nak habis studie.malas dia menjadi-jadi.

sekarang pula dah dekat nak final exam.makanya assignment memang kena kejar sampai dapat lah kan.dah tak tahu nak buat mana satu assignment dah.semuanya main tangkap muat je buat keje.sini sikit,sana sikit.yang ini due date dah dekat kita buat,due date lambat kita tinggal dulu.haru haru.lemas dalam assignment,test and quiz. arghhhh..stressss!


aku tahu teruk sangat kan gambar dekat atas tu.memang aku rasa dah macam orang tu je sekarang.
cepatlah habis belajar dah tak larat dah rasa nya.ini yang ada hati konon nak sambung lagi degree.hurmm,tak payahlah cik fai oii.buang maso yoo.ngadap lagi 3 tahun for degree.tak silap lagi haru nanti.tapiii..nak sambunggg...(baca dengan nada sedih).waduh waduh gawat ni..

tapi tak apa.memandangkan gua tinggal lagi beberapa bulan aje lagi.gua akan buat yang terbaik.Insya Allah~ dengan izin Allah.s.w.t akan di permudahkan semua urusan aku sebelum habis belajar sampai lah aku habis belajar ni. aaaminn~. sampai disini sahaja luahan perasaan.nanti akan aku sambung lagi dimasa akan datang.ingin ku teruskan perjuangan ku dimedan perang.wachaaaa. *high kick*

#cikSitiFairuz  #publish

Monday, 2 September 2013

story 3 in 1

Alhamdulillah. akhirnya dapat juga meng-update blog ni yang dah sekian lama terbiar tanpa bait-bait cintan cinton. ewahh..sibuk dengan assignment yang berlambak macam belum jumpa penghujung jalan. walaupun dah nak habis belajar. tapi makin stress & makin mencabar kewibawaan diri. fuhh! Insya Allah aku bakal menamatkan pembelajaran dalam diploma awal tahun depan. kalau tak ada apa2 Insya allah habis lah aku nanti.

Apa?tak nak sambung degree ke? dalam perancangan. kalau aku rajin aku sambung. kalau aku malas cari lah kerja,tunggu orang datang minang. kekekeke.kawan2 aku pun ramai yang nak sambung study. ada yang cakap nak sambung ipta, ada juga cakap nak sambung jee dekat kolej ni. hurmm. terpulang lah dekat masing2 kan punya pilihankan. kalau itu yang terbaik. maybe aku juga macam tu nanti. bakal membuat pilihan.

Dah besar ni banyak betul benda berubah.kawan2 yang sebaya ada yang dah smbung peringkat tinggi,pengang jawatan besar,main gaji besar. dah kawin pun ada. anak dah 3. aku jee yang still mencari ilmu lagi. lain orang,lain kisahnya kan. yang penting kita buat apa yang kita nak dan kita rasa betul. aku yang belajar ni pun belum tentu kemana lagi ha. tak silap habis jee dip ni. kawin pula kang. *kowt mak aku bagi laa* hahaha..gatal kau jahh! yelah jelly taw tengok kawan belly comel2.

i'm happy for my friends. buat i hate when i hear some people. ask me dah ada yang punya ke? when i want to get married? kakak2,abang2,makcik pakcik. mak ayah saya pun tak tanya gitu. kawin kan lah anak pakcik makcik dulu yer. nanti saya follow up belakang. eak?heee. thank you :D
agak-agak muka aku macam ni ke masa study?tekun gila.whahaha
aku juga bakal graduate satu hari nanti. Insya Allah.

stop cerita pasal belajar,cerita pasal raya pula.punya lah dah lama raya,dah nak habis pun bulan syawal.minggu ni last bulan syawal.still lagi ada orang buat open house and kenduri jemput sanak saudara datang ke rumah. tahun ni aku raya dekat jelebu je. tahun lepas dah raya dekat Perlis tahun ni takkan sana lagikan. Ini tidak adil bagi bapak ku. mestilah nak raya dengan wan pulakan. tahun ni raya best juga lah coz,adik-beradik bapak aku semua balik.

walaupun ada balik sekejap je. tapi,still enjoy. pergi convoi raya. gambar? maaflah tahun ni punya raya banyak kamera orang. dan paling bengap sekali. aku tak ambil pula semua gambar tu. so,tak ada lah gambar dalam entry ni. maafkan saya. heee.

Tetapi,dalam kita bergembira beraya. ada juga insan yang sedih meratap pemergian orang tersayang. Allahyarham bapa saudara aku meninggal dunia pada malam raya ke-2. sebelum aku aku dan keluarga nak balik. masa tulah kami dapat berita yang mengejutkan tu. raya pertama,kami sekeluarga pergi tengok arwah. tak sangka itu adalah yang terakhir kalinya kami semua melihat dia.
Kuasa Allah swt. tak kira masa dan tempat. dia pasti akan mengangkat kita bertemu dengan nya. Al-fatihah buat arwah. ALFATIHAH. aaminn~

Walaupun raya ni tak Se-meriah zaman aku masa kecik2 dulu. zaman aku kecik2 dulu tak usah dicerita. macam2 perangai. sanggup lepas sahur tak tido semata2 nak pergi subuh dekat surau. kisahnya nak main dekat surau dengan kawan je, bulan puasa cuti sekolah. main dari pagi sampai petang. nak berbuka baru balik. malam pergi terawih sebab nak jumpa kawan. lepas balik terawih main lagi.kumpul duit sekolah sebab nak beli mercun. degil gila! lasak kalah jantan. fai fai. nasib baik sopan kau bila dah besar. aww sopan sangat.

oh yaa,walaupun dah lepas tapi still lagi ingat yang kita baru je lepas menyambut hari merdeka yang ke-56 tahun. tahun ni raya jatuh bulan 8, so,apa lagi merdeka-raya laa. walaupun tak. hahaha. dan paling best sambut malam merdeka dengan buddies dekat kolej. tengah2 laman hostel ni (taman kolej jee pon). hehehe. 
 
gambar sekadar perhiasan.tak ada laa macam ni sambut kat kolej ni haa. maw kena halau dengan pak guard kunk. sia sia je sambut merdeka dalam local student hostel..

Pejam celik pejam celik dah 56 tahun negara kita merdeka. dah 21 tahun aku jadi anak malaysia walaupun kadang2 lupa diri ngaku anak orang obersesss. kok gitu! haha. berangan kuat kan. teringin nak mata biru laut. ahahaha. sedor lah diri awak mata coklat rambut hitam. bukan rambut blonde pon. kan??

Tapi tulaa sekarang sambut merdeka dah tak best laa. macam kurang sambutan jee. dekat rumah2 pon dah tak jumpa lagi dah orang pasang bendera. rumah aku pun dah cabut kemana dah. kalau dulu,kemain. pantang nampak tiang,bukan setakat tiang. simpang jalan pun jadi. asalkan ada tempat nak pajak bendera. kereta motor semua dah macam kereta berhias. kalah kereta berhias malam merdeka. dia hias nya terbaik dari ladang.  budak2 sekolah mesti sambut kan. buat bendera sendiri gantung dekat pagar sekolah. masuk pertandingan macam2. maklum laa,nak naikkan semangat patriotik dalam diri kanak2. masa tu jela. dah besar macam aku. macam tak merdeka. hahaha. *sedar diri*. 

                                       tengok macam budak2 nie. comel jee kibarkan bendera.
                                                     merdeka! merdeka! merdeka!

Sampai disini sahaja lah ceritera aku untuk semua. dah tak tahu nak typing apa dah.besok dah laa exam midterm.sempat lagi aku update benda alah ni. cerdik cerdik. bukan idea untuk esok datangnya, idea untuk update blog yang sampai. apa pun tak boleh laa kau nyah! poppye the sailorman. futt futt..daa.
ASSALAMMUALAIKUM.


#publish #ciksitiFairuz
#relax brader,brader relax.






Tuesday, 23 July 2013

takkan hilang ----<@

hello hello mashmallow. fuhh lama betoi tak menjenguk blog aku ni. sebenarnya tak tahu nak cerita pasal apa dekat sini. dah macam orang tak ada life dah aku rasa. student life,ngadap muka lect ngan kelas jela. tak lupa juga Selamat bulan ramadhan kepada semua umat islam diseluruh dunia. puasa tak? kalau tak puasa tak dapat duit rayaaa. lambat naw aku nak cakap pasal bulan puasakan. dah 2 minggu puasa nyah pongg. *ada aku kesah,bio lerr. puasa kali ni dapat juga pergi terawih dekat surau kolej tu haa. walaupun tak ramai terasa laa juga meriah nya. dan yang paling menyedihkan ramadhan kali ini mungkin ramadhan terakhir aku dekat kolej ni. aku tinggal lagi 2 sem jee nak habiskan DIp. Insya Allah aku akan habis dalam bulan 4 tahun depan. tapi,tak tahu laa kalau2 ada niat pula nak sambungkan. berjumpa lah lagi dekat kolej ni. haha. bila dah nak habis belajar ni teringat pula zaman aku sekolah sekolah dulu. dekat2 nak Spm posing sakan ambil gambar buat kenangan. aktiviti bertambah tambah. kononnya tahun terakhir dekat sekolah. hyee,rindunya zaman tu. zaman nakal nakal manja. waw,manja sangat.
                     ni gambar masa F5. muka matang sikit laa kan.betapa sikitnya kelas aku.
 

                 haa,ini zaman muka budak2 lagi,cuba cari dimanakah saya?ni masa F3.
guru guru yang sporting salah satu sebab anak murid masuk air. tak ada laa gurau. kalau dieorang tak sporting memang kerja memberontak jela dekat sekolah.

inilah sebahagian tenaga pengajar yang mengajar aku jadi orang, ibu bapa kedua aku masa sekolah & asrama dulu. baju putih tu pengetua. hangsome tak??haha.
ibu yang menjaga kami dengan penuh tahap kesabaran. siang malam pikir kan keselamatan kami.ada lagi ynag lain sebenarnya ibu2 yang jaga budak2 aspuri ni, tapi aku letak satu jela ea.cikgu latifah. takkan aku lupa.




comel comel belaka kan. haa,pilih pilih nak mana saya. *apa kau ingat anak ayam dekat pasar malam yang warna warna tu. harga mahal oo masing masing. termasuk laa aku. demand tak??sekarang masing masing dah mengejar cita cita masing2. semuanya dah belajar jauh jauh. memang lagi susah laa nak jumpa kan. ada yang dah nak habis pun ada juga. moga satu hari nanti muka2 nie akan berjaya Insya Allah. aminn. aku rasa aku tak laa sehebat dieorang. mereka2 ni ambil course gila kentang. ada yang bakal doktor ni. semua bakal laa ada. bakal ibu pun yer juga. hohoho. bila laa boleh berkumpul dengan diorang ni lagi. rindu bebenor aku dengan dieorg ni. susah sangat nak jumpa. sibuk jee semua. cuti pon tak sama. sobsob. tak pe tak pe. kalau ada rezeki berjumpa lah kita. jadi, sampai sini jela. rasa macam panjang dah ni. kata kata terakhir. kenangan tak macam lukisan,lukis tak jadi buang. kenangan tak macam menulis,salah padam. kenangan kita akan ingat sampai hujung nyawa kita,walaupun ia pahit. jadi lakukan lah satu kenangan yang korang boleh ingat sampai bila bila sebab memory takkan hilang diingatan. but,make sure jangan jadi orang lain,jadi diri sendiri ok. hee. poppye the sailor man. tut tut.

#gue rindu sama kamu.

#cikSitiFairuz #publish

Thursday, 27 June 2013

Pika pika Pikachu~

Assalamualaikum dan selamat pagi. yess pagi. hari ni tahap kerajinan aku bangun pagi amat lah terserlah. siap tolong mak lagi. rajin tak uoll. bukan hari nie jee tolong hari lain pongg cuma hari nie terlebih rajin. dah cuti2 memang tak ada kerja laa. dah nak masuk 2 minggu gak laa aku cuti. rasa boring nya tahap gila. duduk rumah tak ada buat apa2. macam tak ada life dah aku rasa. mengadap Tv siang malam. agaknya kalau tv tu boleh bercakap,dia dah tempik aku dah. tak muka orang lain ngadap Tv dari satu cerita ke satu cerita. tak boring ke? nak buat macam manakan sebab aku boring lah aku kena ngadap Tv tu. nak keluar pon nak pergi mana. tak tahu nak pergi mana dah haa. nanti bila dah start sem baru gedik2 plak nak cuti. macam2 hal. itu lah dia lumrah manusia tak pernah puas dengan apa yang kita dapat. hehehe. so hadap jela rumah nie comel kan pipi and montel kan badan ala2 PIKACHU. huahuahua.

pikachu nie pon dah macam aku dah. cermin mata dah sama. tapi aku tak laa bulat macam dia. best juga kalau bulat macam dia. tak ada laa kurus keping jee kan. keke

haa, 2 hari lepas makngah mai  dari perlis untuk tengok anak dia convo kat putrajaya. perghh,jeles gila oo. sepupu aku dah habis belajar. aku bila lagi nak habis nie. lambat no nak habisnya haa. dah dua orang habis. seronok pula tengok diaorang dah masuk ke alam baru. alam pekerjaan. makin banyak laa dugaan lepas ni. kalau jadi student just pikir study and nak siapkan assingment jee. plus,duit nak bayar yuran. bila dah masuk kerja macam2 benda kena pikir. kan kan kan?? nanti aku pula habis belajar. ramai dah tanya nak sambung belajar ke lepas ni. aku pun tak tahu laa nak sambung ke tak. rasa macam malas jee ney. tak larat dah. (akan ku fikirkan nanti tu). bila tengok2 difikir2 dihitung. best juga kalau lepas ni sambung IPTA plak kan. tapi,3 tahun ar hadap sambung degree. kalau swasta 2 tahun saja mey. hurmm. tak pe2 lambat lagi. belum tentu aku dapat sambung. result tah macam mana laa. Insya Allah ada jalannya. amin~

semalam paklong datang rumah. anak dia pon dah habis. tengah buat thesis jee, nak masuk kerja dah. ramai boleh minta belanja makan besar ni. hahaha. terasa berbunga2 pula hari2 mendatang gatal tangan nak minta orang belanja. cewahh, kalau dapat nyah. huhu. tak apa, angan2 tak mustahil jadi kenyataan kan (ayat sejukkan hati)

itu jela yang aku nak merepek meraban. lain hari, dan dilain waktu akan kita sambung lagi. poppye

#cikSitiFairuz #publish




Sunday, 2 June 2013

JODOH PASTI BERTEMU.

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencintai
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu

(Jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

ok first dengar lagu ney dalam hati.apa lagu nie cakap.but,bila dengar betul-2 and hayati.menusuk dek kalbu (aiceh,ko dah kenapa fai).memang suka gila dekat lagu ni sampai buka duk repeat jee manjang.

dialog budak rumah:"kau dah tak ada lagu lain nak buka ke fai?dalam lappy kau satu lagu tu jee ea?"

jawapan aku:"lagu banyak tapi untuk kesedaran diri yang tinggi melangit,aku buka lagu ni untuk aku dan korang" (apa jadah nye laa kesedaran diri,sebenarnya feeling-2 nak cepat jumpa jodoh)
coz izzue islam a.k.a pakjue.dah kahwin woii.umur baru 23.congrats pakjue.

but,memang betul pon tambah pula aku duk dengar sekarang ni orang duk putus dengan pasangan masing-2 bulan nie kan.so lagu nie sesuai lah untuk korang yang dah 'menginggle' macam aku ni.kan kan kan?welcome to the club.muahahah.single tak bermakna tak laku mey.sabar,tawakal tunggu jela pasangan yang telah ditentukan oleh yang maha esa yer.Insya Allah ada jodoh korang adalah.chill beb.^◕‿◕^
so,jom lah layan lagu nie sambil menghayati liriknya.ney aku siap bagi video lirik untuk korang.
jom click sebelah ni. ---> for u ♥.

#enjoy #publish ciksitiFairuz

Monday, 20 May 2013

apa ada dengan " NAMA " ??

ASSALAMMUALAIKUM u olls. hari ni aku nak cakap pasal nama.mesti korang pernah cari maksud nama korang dekat mana-mana. buku,internet,facebook atau dekat mana-mana jela. hari ni aku nak cakap pasal nama aku jela. selama ni aku just tahu nama aku tu WAN/NENEK belah bapak aku yang bagi nama tu. dekat-dekat pula dengan nama bapak aku. bapak dengan mak cakap. wan cuma letak nama FAIRUZ aje. bapak tmbah SITI dekat depan nama aku. so,kekal nama tu untuk aku. SITI FAIRUZ bte MUHD FAUZI. FAIRUZ maksudnya Batu Permata Biru Kehijau-hijauan. SITI pulak untuk gelaran bagi perempuan. ada apa pada nama aku.haa jom tengok. alang-alang aku dah jumpa aku show off kat korang.(but,don't misunderstanding haa. aku just saje2 jee benda ni. korang yang baca layan jela apa yang aku buat ni.)sebab zaman sekarang ni orang suka suki jee letak nama apa-apa pun untuk anak-anak diaorang. sebenarny pemilihan nama itu juga satu benda penting. bak kata orang kalau nama anak panjang-panjang ney nanti dia susah nak bawak.(tak tahu la bawak macam mana.itu kata orang tua tua.sebenarnya letak nama yang tak ada maksud dalam islam atau pun nama yang terlarang ni.tak elok.itu lah maksud orang dulu-dulu tu). yang bawah nie maksud nama aku. kalau korang nak tahu maksud nama korang. tungguu~ layan entry aku ney dulu. nanti aku bagi link. korang cari laa nama korang,BF/GF korang ikut korang laa.


 SITI FAIRUZ
SSuci
IIkhlas
TTulus
IIdealistik
FFleksibel
AAmanah
IIntuitif
RRamah
UUntung
ZZuhud

Maksud huruf pertama Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

SPandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
ISuka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
TSangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
ISuka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
FPunya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
ARamah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
ISuka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
RPendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
USuka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
ZPandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
yang dekat atas ni jangan lah korang percaya 100%. tak semuanya betul aku cuma nak share dengan korang je. jadi makanya aku just buat nama aku jela. kalau korang nak tahu nama korang. tak apa aku akan bagi link nya. korang check laa dekat bawak ok. nanti aku bagi.biar aku habis dulu apa yang aku nak sampai kan. jadi makanya pada sesiapa yang bakal menimang cahaya mata ataupun dah menimang cahaya mata. bagilah nama yang sesuai yer. jangan nama sedap tapi maksudnya tak apa-apa. yang tak elok dia letak dekat anak nya. sampai ke besar orang duk panggil nama tu. lama-lama perangai pun boleh jadi macam nama nya juga. so pandai-pandai lah pilih nama. dekat bawah ni aku kongsi kan lagi nama-nama yang terlarang dalam islam. jom layan. ekh,ada lagi bukan setakat nama anak je. zaman sekarang ni. tambah-tambah dekat budak2 sekolah. alaa cinta monyet laa kata kan. but cinta monyet boleh bawak sampai ke akhirnya taw. ok stop but cintan. ada juga nama gabungan yang membawa maksud yang baik dan sedap didengar. apa?nak tahu?sabar kejap lagi aku bagi yer. baca bawah ni dulu.

Nama-nama Dilarang dalam Islam (Panduan menamakan anak)

AbkamTidak celik, buta
AbiqahHamba yang lari dari tuannya
AfinahYang bodoh
AsyarPaling jahat
AsyirahYang tidak bersyukur atas nikmat
AmahHamba suruhan perempuan
BaghiahYang zalim, jahat
BahimahBinatang
BalidahYang bodoh, bebal
BakiahYang menangis, merengek
BaqarahLembu Betina
BatilahYang batil, tidak benar
DabbahBinatang
DahriyahYang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
DahisyahGoncang, stress
DarakahKedudukan yang rendah
DaniyahYang lemah dan hina
Dami'ahYang mengalir air matanya
FasidahYang rosak, yang binasa
FasiqahYang jahat, si fasik
FasyilahGagal, kalah
FajirahYang jahat, yang berdosa
Faji'ahKecelakaan
GhafilahYang lalai, yang leka
GhailahKecelakaan, bencana
GhaibahHilang
GhasibahPerampas, perompak
GhamitahYang tidak mensyukuri nikmat
GhawiahYang sesat, yang mengikut hawa nafsu
HaqidahYang dengki
HasidahYang hasad
HazinahYang sedih
HuznKesedihan
KhabithahYang jahat, yang keji
Khali'ahYang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ahYang bersalah, yang berdosa
KhasirahYang rugi
KhamrahArak
JariahHamba suruhan perempuan
JafiahYang tidak suka berkawan
KaibahYang sedih
KafirahYang kafir, yang ingkar
KamidahYang hiba, yang sangat berduka
KazibahPendusta, pembohong
LahabBara api
LaghiahSia-sia, tidak berfaedah
La'imahYang tercela
LainahYang terkutuk
LahifahYang sedih, menyesal dan dizalimi
MaridahYang menderhaka
MajinahYang bergurau senda tanpa perasaan malu
MajusiahAgama menyembah api atau matahari
MunafikahYang munafik
MusibahCelaka, bencana, kemalangan
NariahApi
NasyizahYang menderhaka dan melawan suami
NajisahYang najis dan kotor
QabihahYang buruk, hodoh
QatilahPembunuh
QasitahYang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
QazurahKejahatan, perzinaan
RajimahYang direjam, yang dilaknat
Razi'ahKecelakaan, musibah
RazilahYang keji dan hina
SakitahYang jatuh, yang hina, yang jahat
SafilahYang rendah dan hina
SahiahYang pelupa
SakirahPemabuk
SyafihahYang bodoh
SyaridahYang diusir
SyaqiyahYang menderita
Syarrul BariyyahSejahat-jahat manusia
Syani'ahYang buruk
SyarisahYang buruk akhlak
SyatimahMaki hamun
SyariqahPencuri
TalifahYang rosak, yang binasa
TarbiyahYang papa kedana
TarikahAnak dara tua
TafihahKarut
TalihahYang tidak baik
YaisahYang berputus asa
YabisahYang kering, yang sedikit kebaikannya
WahinahPenakut
WaqihahYang kurang sopan dan malu
WasikhahYang kotor
WasyiahYang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
WahimahYang lemah
WahiahYang lemah, yang jatuh, yang buruk
WajilahPenakut
WailahBencana, keburukan
Waqi'ahPertempuran dalam peperangan, umpatan
ZalijahKebinasaan
ZalilahYang hina
ZalimahYang zalim
ZaniyahPenzina, pelacur
ZufafahRacun pembunuh

haaa...dah baca dah. ok,sekarang nie aku bagi korang link yang korang nak sangat untuk check nama korang,mak ayah,makcik pakcik,sedara mara korang bF/gF korang. check la. ! klik sini !.
kepada mana-mana yang tersinggung dengan post ney. minta maaf. ini hanya sekadar perkongsian.

It's always a joy when Allah blesses you with a child. Children bring happiness and joy, but also trials and great responsibilities. One of the very first duties you have toward your new child, besides physical care and love, is to give your child a name that carries honor and Islamic meaning behind it.

It is reported that the Prophet (peace be upon him) said: "On the Day of Resurrection, you will be called by your names and by your fathers' names, so give yourselves good names." (Hadith Abu Dawud)

Remember, just because a name stems from a certain language or culture, doesn't mean that it has a good Islamic meaning. Several of the companions of the Prophet Muhammad (peace be upon him) changed their own Arabic names, because the meanings of their names connoted wickedness.

akhir kata dari aku daripada petikan yang aku copy&paste untuk semua.

#cik Siti Fairuz #publish

Thursday, 16 May 2013

♪ ♩♫selamat hari guru.♪ ♩♫ ❤ ❤ ❤

Masa zamn sekolah dulu aku budak paling teruk sekali dalam pelajaran. aku tak minat nak belajar. parents hantar aku masuk asrama dekat perlis. dekat situ aku belajar berdikari. duduk jauh-jauh dari family. dekat situ aku mula belajar kenal diri sendiri. apa kita nak dalam kehidupan kita. asrama lah tempat aku mula ada impian untuk belajar. untuk aku buktikan dekat orang yang aku pun boleh buat sama macam orang lain. sepanjang hidup aku selalu di pandang rendah oleh orang lain. kesalahan aku selalu dinilai. kebaikan aku selalu di ketepikan.

Tapi sayang bila aku mula seronok ada halangan yang tak dapat aku elakkan. demi kebaikan aku dan keluarga aku balik ke negeri tempat aku menetap dari kecil. aku balik Seremban. aku minta izin mak dengan bapak aku nak bertukar ke sekolah yang berasrama sebab aku dah selesa duduk asrama. jadi aku nekad nak teruskan juga duduk asrama. akhirnya aku berpindah ke sekolah di kawasan perkampungan. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG GELAMI. aku lalui lagi kehidupan sebagai seorang pelajar asrama. guru guru sekolah ini lah yang telah menjadikan aku sebagai seorang anak murid yang berguna. guru guru di sekolah ini lah yang buat aku belajar percaya dengan diri sendiri. guru guru sekolah ini lah yang telah memberi aku semangat dalam pelajaran semasa aku jatuh kegagalan. jasa guru guru ini tak akan pernah aku lupa kan sampai bila-bila.

Mereka merupakan ibu bapa kita semasa di sekolah. mereka lah yang menjaga kita semasa ketiadaan ibu bapa kita. tanggungjawab mereka umpama memikul tanggungjawab ibu bapa kita, tapi anak-anak murid zamn sekarang ada yang sangat berani menindas guru,meninggi kan suara dengan guru,tak takut melawan cakap guru,tak reti menghormati guru. mereka menurunkan ilmu untuk kita menjadi insan yang berilmu. tidak mudah ditindas oleh orang lain satu hari nanti. andai aku boleh putarkan masa. aku nak balik zamn sekolah. aku nak belajar betul-betul. menjadi lebih focus dalam kelas. mendapat keputusan yang lebih baik daripada apa yang aku dapat. tapi semua tu dah terlambat. tapi aku bersyukur kerana didikan mereka dan ilmu yang mereka berikan aku dapat menjejakkan kaki aku ke alam universiti. kalau diberi kesempatan aku nak sangat jumpa cikgu-cikgu aku & aku nak mengucapkan sangat-sangat berterima kasih kepada mereka kerana telah mendidik aku dan rakan dengan sabar dan memberikan kami perhatian umpama anak sendiri. terima kasih cikgu.

Besok bekas sekolah aku ada sambut hari guru. tak dapat pergi. tema tahun ni ''come back to school''. mesti meriah cikgu-cikgu pakai baju sekolah semula. waa. kawan kawan aku ada yang pergi.seronoknya kalau dapat join sekaki. tapi apa nak buat tak berkesempatan. so,maybe lain kali laa kan.
kepada adik-adik yang masih bersekolah tu,atau awak awak yang masih belajar tu. hormat la guru kita. andai kita salah rela kan aje. kalau dia salah cakap la baik-baik tak payah nak tengking-tengking.

#Selamat Hari Guru to all my teacher & my lecture.thank u so much.

#this entry is publish

Sedang Apa Dan Dimana - Ammy Simorangkir


SEDANG APA DAN DIMANA wahh hari ni rasa mood nak menjiwang jap. bukan apa hari ini aQ terjumpa balik lagu yang dah lama juga laa. but boleh di terima dekat halwa telinga ni walaupun korang dengar berjuta kali sekali pon. so,jom lah hayati liriknya ini.(padahal tak ada idea nak post apa.ngee)

Dulu selalu ada
Waktu untuk kita
Kini ku sendiri

Dulu kata cinta
Tak habis tercipta
Kini tiada lagi

Sedang apa dan di mana
Dirimu yang dulu ku cinta
Ku tak tau tak lagi tau
Seperti waktu dulu
Apakah mungkin bila kini
Ku ingin kembali
Menjalani janji hati kita

Sedang apa, sedang apa, dan di mana
Dirimu yang dulu ku cinta
Ku tak tau tak lagi tau
Seperti waktu dulu
Apakah mungkin bila kini
Ku ingin kembali
Menjalani, menjalani, menjalani janji hati kita



Wednesday, 15 May 2013

9 Ayat Maut Seorang Perempuan


Haa, ni admin ada terjumpa artikel yang dikatakan ayat-ayat maut seorang perempuan, dikatakan ayat-ayat ini sering diucapkan perempuan ketika mereka sedang marah dan dalam keadaan mood tidak baik.
 Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut..

9 Ayat Maut Seorang Perempuan

 1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.
 2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.
 3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.
 4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.
 5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.
 6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda
 7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe
 8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.
 9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.
 Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …
 #copy&paste
#publish