hey,my little friends

Thursday, 27 December 2012

5 NASEHAT MENJELANG KEMATIAN




Bismillaah

Ketika Abdullah bin Mas’ud menemui kematiannya, ia memanggil puteranya: “Ya Abdurrahman bin Abdullah bin Mas’ud, aku ingin berpesan padamu tentang lima hal. Jagalah demi menjalankan pesanku ini.

Pertama: Hilangkanlah rasa putus asa dari hadapan orang banyak, sebab demikianlah kaya yang sesungguhnya.

Kedua: Tinggalkan mengemis (untuk kebutuhan hidupm
u) dari orang
lain, sebab yang demikian itu adalah kemiskinan yang kau datangkan sendiri.

Ketiga: Tinggalkan hal-hal yang kau anggap tak berguna. Jangan sekali-kali sengaja kau mendekatinya.

Keempat: Jika kau mampu, janganlah sampai terjadi padamu satu hari di mana hari itu lebih tidak lebih baik dari kemarin. Usahakanlah.

Kelima: Jika engkau shalat, lakukanlah dengan sungguh-sungguh. Resapi dan renungkan seakan engkau tak akan shalat lagi setelah itu.

باركــ اللّــــہ فـــــــيك


Bagi sahabat Fillaah Bila bermanfaat Silahkan di Share / Bagikan ke sahabat yang lainnya

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

منْ دعاَ إلى هُدَى كَانَ له من الأجرِ مثلُ أُجورِ منْ تَبِعَهُ لا ينْقُصُ ذَلِكَ منْ أُجْورِهمْ شَيْئاً ومنْ دعاَ إِلىَ ضَلاَلةِ كاَن عليهِ من الإثمِ مثْلُ آثامِ مَنْ تبعَهُ لاَ ينْقُصُ ذَلِكَ من آثامهم شَيئاً رواه مسلم 4831.

Dari Abu Hurairah ra bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “ Barangsiapa menyeru kepada hidayah (petunjuk) maka ia mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa menyeru kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa sebagaimana dosa yang mengerjakannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun” .

-------------------------------------------
Assalamulaikum Sahabat Hikmah,
 

Wednesday, 26 December 2012

ORENTASI SIRI 7

Alhamdulillah selesai sudah orentasi siri 7 pada akhir tahun 2012 ney.walaupun dah 3 hari berlalu tapi aku nak update juga pasal orentasi ney.peserta pada kali ney memang semua nya superb2 belaka.walaupun teruk diaorang kena mengadu sakit sana sakit sini tapi diaorang still lagi join semua aktiviti yang telah dii rancang oleh fasi2.terbaikkk laa korang semua...


inilah dia muka-muka yang berjuang hingga ke penghujung.walaupun sakit,penat tapi tetap redah juga dalam hujan.tabik spring dekat diaorang ney.mereka ney laa keluarga baru dalam wataniah yang bakal memeriah dan meramaikan lagi ahli2 dalam ASKAR WATANIAH *insha allah*.semuanya dilakukan bersama-sama,saling bantu-membantu antara satu sama lain.dekat bawah ney salah satu aktiviti yang diaorang buat.banyak lagi,tapi masukkan ini jela..ini aktiviti LATIHAN DALAM KUMPULAN.




orang2 kuat yang telah menjaya kan event ini dengan baik tanpa sebarang masalah.mereka lah yang bertungkus lumus menjaga setiap peserta supaya berada dalam keadaan baik.


                                        
sebahagian fasi-fasi yang menjaya kan orentasi siri 7 ini..tahniah korang.yang penting muka aku pun masuk..hehehe           
ney ajk latihan yang bersengkang mata tak tidur untuk menyampaikan ilmu untuk peserta.ramai lagi fasi yang berkongsi ilmu yang diaorang tahu.tapi aku masukkan gambar pakcik ney jela ea..ramai sangat fasi nya..hehehe..
ini pulak orang kuat yang menyediakan makan kami selama 3 hari 2 malam sepanjang event di jalan kan.terima kasih cook house yang berjasa.
inilah dia medik yang ikut jee peserta kehulur-kehilir dengan box ajaibnya.tapi kesian dia,dia tanya peserta ok ke??sorang pun taknak jawab.tapi bila sakit dia juga yang orang cari..baik medik ney..bukan senang nak dapat medik macam dia..hahahaha...
our project manager..kuakuakua....pasal pakcik ney aq tak tahu nak cerita apa.kecik tapi tegas..

  ini adalah antara2 jemputan yang hadir..yang baju oren tu bukan dari infantri tapi dia tetap dalam satu nama besar iaitu ASKAR WATANIAH.so,infantri ke alteleri ke kami tetap kawan..haha..family pon bolehhh...yang baju merah tu bekas student n mantan PM kami.bukan setakat mantan PM je...semua jawatan dia penah pegang.hehehe..hebat2..sebenarnya banyak lagi gmbrny..tapi malas nk msuk kn lagi..cukup laa gmbr y dkt ats tu ea..kalau nak tengok juga len kli laa aq masuk kan *kalau aku rajin laa*
so,harap lepas ney ada lagi pelapis2 yang akan menaikkan nama askar wataniah di kolej.coz,lpas ney ramai yang akan mengakhiri zaman pembelajaran di kolej dan akan meninggalkan kolej untuk selamanya*myb*hehehe...
keluarga besar ku dalam askar wataniah.masih ada lagi separuh.tapi tak dapat hadirkan diri atas sebab-sebab tersendiri.hehe...so,enjoy this entry..sapa2 yang nak masuk askar wataniah tu jangan lah segan silu..jom lahh join kami semua memeriah dan meramaikan lagi ahli..yokkkk...



Tuesday, 11 December 2012

AnnuaL camP waTaniaH

hallu yaaaa..fuhh lama gilak tak update ini blog yaa..almaklumlah cuti sebulan bukan ada dekat rumah.nak tahu nak tahu saya dimana masa cuti sebulan.seminggu YES aku ada dekat rumah.tapi,2minggu lagi aku dekat ''GEMAS'' 4 annual camp Wataniah.first time pergi cuak doww..baru jee dapat no badan dah terus pergi kem.hehehehe..bagus tak??*bagus lah sangat*
on the way to kem ASAHAN,GEMAS
lepas penat bergmbr dalam 3tan masing2 posing lepas tu tido balik..apakah??jauh juga kem asahanya ingat dekat.tapi tempat dia memang besar gila-gila.semua kemudahan ada.shopping mall pon ada.sesampai jee dekat san,memang tak lain tak bukan ada pertandingan kawad laa kan.itu wajib!!
be4 competiton posing first
hehehe..kami lah ladies2 perkasa yang berjuang untk negara..aisehh...ahaish..ayat nak gebang jee kan kan kan??sekali sekala nak bangga lebih2 apa ada hal.but,this moment mmg terbaik..walau pun tak menang tempat pertama kami still happy and redha.:)
 
tempat ke-2 pun tak kisah.adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah.yang menang tak semesti nya menang sampai bila2 and yang kalah tak semesti nya tak dapat menang.
 pertandingan jalan laju(sekadar gambar hiasan..huahua)
dan pertandingan yang terakhir rempuh halangan..gambar tak ada laa pulak.yang pentingnya aku masukkkk..penat wooo..memang dasyat r halangan dia.
minggu yang ke-2 plak..huh!!
dalam hutan selama seminggu.sebelum tue naik 3tan dulu tapi nak sampai tempat berteduh kena mara(jalan kaki) sejauh 35 KM dari Kg durian chondong ---> jementah.
jauh gila siakkk..tak pernah aku jalan kaki selama 4 hari tido dalam hutan lebih dari 2 hari.waw!!aku rasa dah bukan aku jee.acamne laa aku boleh nak ter join wataniah ney aku pun tak tahu lah.yang nak tmbah lagi hebat tu aku tak collape pun.this becoz aku ada kawan2 yang sangat2 supportive.tak pernah nak jatuhkan semangat orang lain.malah bagi semangat lagi ada.thank guys!!
inilah dia muka2 perwira negara..kahkah..bangga tak?smart-smart semua.diaorang ney lah yang banyak tolong aku masa dekat kem hari tue.paling banyak membantu masa dalam medan(hutan).bila masuk je dalam hutan masing2 dah jadi makin rapat bila balik kolej.dah rasa macam family aku pulak.yelaa aku kan anak tunggal.diaorg ney jela abg2 n kakak2 aku..hehehehe..
apa2 pon banyak  benda yang aku belajar.selama nie aku terlepas pandang or aku tak penah nak ambil tahu aku belajar.dalam hidup ney kalau kita pentingkan diri sendiri orang takkan pernah nak respect kita atau dengar apa yang cuba kita nak sampai kan.Setinggi mana pun pangkat yang kita capai akan hilang masa kita di akhirat nanti.tapi,di dunia ini bila kita ada pangkat,pangkat tu lah yang buat kita di julang.but,bukan itu yang aku nak mention kan dekat sini.masa dekat medan memang tahap2 stress gila untuk aku.badan dah penat,mental dah koyak..masing2 pula nak emo2.semua tunjuk belang nak tunjuk kuasa masing2.konon besar dengan pangkat yang ada..huh!stress aku!!
alamatnya memang dengan aku2 sekali lah emo kan.but,itu tak penting yang penting sekarang nie sikap berdikari and ramah dengan orang,ringan tulang tu mmg penting untuk survive dalam hidup.expecially gurl macam aku ney.kena tahu macam mana nak survive.
dalam wataniah ney juga lah buat kan kita yakin dengan diri kita dan cuba cari kemampuan dalam diri kita yang selama ni kita tak pernah tahu yang kita boleh buat.
aku dalam situasi tu sekarang,aku tak sangka yang aku boleh lepas masa mara sejauh 35 km.aku tak sangka yang aku boleh kawal diri n emosi aku,kawal minda aku yang aku boleh buat semua tu.betul lah kata orang setiap kelebihan yang kita ada tu,kena cari kalau tak kita tak tahu apa kelebihan yang kita ada.bila ingat2 balik memang tak sangka.yang paling bestnya,aku tambah kawan lagi..huhuhu..so sampai sini jela..banyak lagi gambarnya..tapi tak yah lah masukkan semua..korang tengok jela gambar yang ada tue..hehehe..sesiapa yang nak masuk wataniah tue,amat2 dia alu2 kan..tahu bila sebut  jee pasal askar2 ney mesti ada yang kecut perut.coz,askar nie di dedahkan dengan aktiviti yang lasak2..itu biasa lah nama pun askar kan.tapi sekali korang dah pergi korang takkan menyesal punya lah..cewah promote dow..wokey laa tokey..mw caw lu..caw cincau soya bean...






Friday, 16 November 2012

subhanallah~~~kejamnya dirimu

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..
Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..

Bulan 3: Bu , biar pun adik blm tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk , memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥

# terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ..???

Allahurabbi ~ sedihnya bila membaca situasi ini .. buat renungan kita bersama ... :'(
kenapa lah kejam sangat zaman sekarang ni. sanggup gugurkan bayi yang masih lagi dalam kandungan. tak fikir ke anak yang dikandungkan tu tak berdosa. nak tutup malu sanggup membunuh anak yang dikandungkan. bertambahlah dosanya,1.dosa berzina. 2.dosa membunuh anak dalam kandungan pulak. dalam duk taip2 ni kan. faii terfikir doktar yang buat kerja gila ni tak rasa apa2 ke.?atau dah tertutup mata hatinya dengan duit yang pesakit diaorang nak bagi. makna tak payah lah belajar pandai2 sampai jadi doktar kalau sampai sanggup bunuh bayi yang tak berdosa. apa guna kalau jadi doktar macam tu. faii tak salahkan doktar yang melakukan kerja ni sepenuhnya. mestilah ibu dan ayah dan ibu kepada si bayi tu yang patut kita salahkan. masa buat benda haram tu tak terfikir malu. tapi bila perut dah berisi baru nak fikir malu. tapi sayang diaorang lebih malukan pandangan orang lain. conteng arang dekat muka mak ayah dia,malu yang keluarga dia dapat dia tak fikirkan benda tu. tapi,zaman sekarang pun ada juga mak ayah yang sanggup bagi cadangan yang bodoh ni dekat anak2 diaorang. nak tutup malu punya pasal. ada pulak sekarang anak luar nikah ber bin/binti ALBULLAH. kalau bab ni faii tak tahu lah pe nak cakap. patut atau tak. bak kata mak faii,zaman sekarang dah lain,zaman dulu mana ada benda2 macam ni. zaman sekarang orang tunduk dengan nafsu dan keseronakan yang diaorang dapat. zaman dulu nak buat pun takut. nak dating dengan anak dara orang pun takut. siap mintak izin mak ayah lagi. tu yang dulu2 jadi kes panggil awek pakai botol kaca. haa..macam cerita P.RAMLEE tu.<3 kehkehkeh. tak lupa juga kes rogol zaman sekrang ni. tak cukup dengan rompak dan ragut. mesti nak puas kan nafsu diri sendiri. lepas dah dapat sanggup pulak bunuh. sampai bakar mayatnya hidup. subhanallah~~ kejamnya. kes ni dah 3 dosa dia dapat 1.romapak/ragut 2.rogol 3.bunuh. kalaulah boleh bagi idea untuk undang2 negara faii nak suh yang hukuman untuk bakar hidup2 tu tak payah pergi tali gantung. bakar je dia hidup2 juga. biar dia rasa macam mana orang yang dia buat tu rasa. hukuman rogol tu potong jee dia punya alat tu. tak payah ada langsung. hurmmm~~tak boleh salahkan lelaki juga. perempuan zaman sekarang pun pakai baju tak cukup kain. bak kata kawan faii pakai baju adik dia. hehehehe. pakai baju macam nak tunjuk dekat orang yang body dia putih,bersih,gebu dan suci. memang zaman sekarang dah ramai orang yang berfikiran terbuka. nampak perkara2 macam tu buat2 tak nampak. bila jadi apa2 kes buat tak tahu je. konon nya malas nak masuk campur hal orang. tapi,pernah tak anda fikir kalau kita tak tolong siapa lagi nak ingat kan diorang. sekeras-keras kerak nasi kalau kena air lembut juga. entry ni untuk faii juga untuk jaga diri dari pandangan orang2 dekat luar sana. kawan2 fai pun ada juga yang macam ni tapi kita ingatkan lah dia. ajak lah dengan cara baik. bukannya mengutuk dia tapi tak bagi apa2 support pon dekat dia. tak guna juga kalau setakat belakang cakap gempak bila depan diam je. itu namanya tilam berbantal-bantal a.k.a talam dua muka. haiyooo..makanya moh ler kita sama2 ingatkan orang tersayang. aicehh..

tak mo tak mo tak mo

JANGAN dalam Islam

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam..
perkara di atas ney bukan lah untuk pembaca jee tapi untuk faii juga lah kan..secara jujrnya perkara2 di atas pernah saya lakukan..NOBODY PERFECT!!tapi kalau kita tahu benda tu salah dan kita ingat tak guna juga kan.So,jom kita sama2 cuba berubah kearah kebaikan.Yela..kan dah masuk tahun baru nie.Azam baru la.hehehehee..walaupun susah kita sama2 cuba untuk berubah INSYA ALLAH..AMIN...Faii bukan lah nak tunjuk pandai buat entry ney..takk~~tapi faii terbaca perkara ney faii nak kongsi dengan semua orang apa yang faii cuba untuk buang dalam diri faii..insya allah..so,apa salahnya kalau kita berkongsikan..kepada yang membaca benda ney jangan lah salah anggap..faii pun tengah mencari diri faii dan sedang mencari apa yang faii nak dalam hidup faii sekrang..faii pun insan yang banyak melakukan kesalahan walaupun dalam usia yang muda..cuma mungkin kesalahan yang faii buat tu berbeza dengan orang lain..faii seorang budak perempuan hingusan yang baru mengenal dunia..jom lah sama2 kita berubah kearah yang lebih baik..insya allah..amin.
chaiyo chaiyok

Wednesday, 14 November 2012

cuti-cuti semester~~

WHAT??
orang cuti-cuti Malaysia lah tangah-tengah cuti nie kan.Tambah2 sekarang tengah cuti sekolah.
apa kes laa pulak entry punya tittle macam tu.It's that means i'm not enjoy for this holidayyyyy...*sabaq*
sem nie tak pergi mana-mana just stay dekat rumah.coz my mom not feeling very well and she get fever for 1week.i already know when i come home last week.if aku tak balik mmg tak taw laa mak noo..awat tak habaq kata tak sihat??

dialog my mom:mak tak maw kacau alog,mak ok jaa.dah makan ubat p klinik semua dah.
memang lah dah makan tapi habaq lah.tadi p hospital sib bek tak kena tahan wad.law dak hurm..tahap teruk dah laa tu.

AND!!ting tong

bapak pulak demam sekarang coz berjangkit dekat mak.bapak punya lah susah nak kena demam sekali kena daa.itu lah orang kata,kalau nak jadi,jadi juga.tak kira lah orang tu sihat macam mana pun.
tapi, yang aku nak cerita sekarang nie adalah...

teng teng teng

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU DALAM CALENDAR ISLAM 
 Doa akhir tahun dan awal tahun baru Islam
DOA AKHIR TAHUN
Dibaca selepas masuk waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib.
Doa awal tahun
  DOA AWAL TAHUN
 Dibaca selepas masuk waktu maghrib.
 Doa akhir tahun
 DAN~~
hari ini juga merupakan ulang tahun yang ke-22 tahun perkahwinan mak dengan bapak saya~
waw sekejap jee masa berlalukan.umur den pun da 20,tahun depan 21.
dah besar kau jah.dah boleh kahwin*berangan gempak*
hehehe..

back to story..
walaupun mak dengan bapak dah 22 tahun kahwin aku suka tengok depa.cweeett jee.
(kau dah kenapa pki bahasa tu).
insya allah aku pun nak jugak jadi macam mak dengan bapak aku.walaupun dah berumur tak segan nak bercekerama.Cuba untuk mengeratkan lagi hubungan diaorang.hye..adakah lagi lelaki macam bapak aku dekat dunia ini??
however,i want to say thank to my beloved parents because care and 
 raise me to become a nice girl.teach me how to walk,how to eat,how to talk,send me to school and give me pocket money.the important thing you teach me how want to respect other people and let me make my choice for my life.Thank for all of your advice.
 aku juga harap pada tahun baru ini akan bermulanya kisah baru.tiada lagi kisah2 lama yang menyakitkan aku juga berharap semoga pada tahun baru ini segala urusan akan di permudahkan oleh ALLAH S.W.T
INSYA ALLAH..
  LASTLY..
SELAMAT TAHUN BARU+HAPPY ANNIVERSARY MAK BAPAK.

Thursday, 8 November 2012

kesian perempuan



diam — dia lemah .

lantang — nampak salah .
mesra — dia gatal .
pasif — dipijak-pijak .
kahwin — ’ bila beranak? ‘ .
tak kahwin — pasti digelak .
berhijab — dikata kolot. jahat. menunjuk-nunjuk .
tak tutup — lagilah heboh..
setia — dimadu laki .
curang — dicanang keji .
terlalu cinta — dimain-mainkan .
terlalu berjaga — dimarah-marahkan .
menangis — rimas selalu .
mata kering — dipanggil kepala batu .
buat betul — pelbagai benda dipersoal .
buat silap — sekampung berbual .

tp UNTUNG perempuan sebab setiap kali

dilemparkan kejian dan hinaan, SYURGA adalah
tempatnya.. cukup menjadi SOLEHAH kerana
ALLAH, dirinya sebaris dgn para bidadari dan
mungkin lebih atas lagi... ♥

Tuesday, 6 November 2012

study study study

today i'm in happy mood to update my blog..so,let hear my story today..

now in final exam week..so,all my housemate become crazy like a MONSTER.

the ordinary sentence always we hear in exam week.

"wey,nak mmpuih aku stdie macam nie,satu pa pon tak msuk lam pala otak"

rigth??

yaa,i know..not all student like that but maybe the half student be like that.

including me.

 ada ciri-ciri budak pandai tak..hikhik..in your dream LOL.

study TIME!!

will be like

 my friend will mad when she saw the living room like this.

"ko study ke bertukang ney fai bersepah semua tempat ko pakai..haish"


you can see the effort from me rigth??wuarghhh...

for all viewer please pray for me for this sem final exam taw..taw!!

to all my friends yang ambil exam dekat luar sana tu dan termasuk lah adik-adik yang SPM..do your best.
      
                 

Don't judge the book by it's cover

Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.." -Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu..
Tapi takda orang taw.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun.. "Ada sorang lelaki.. Dia sangat² gemuk.." -Orang kata dia tue tak taw jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik.. "Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.." -Orang kata dia tue hodoh.. Sangat² hodoh.. Tapi takda orang taw.. Dia tue askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya.. 
 
lepas baca kisah ney apa yang korang fikir..hari ney faii nak cakap pasal typical pemikiran orang2 kita terhadap orang lain..bukan lah faii nak mengutuk..tapi faii sendiri pernah alami benda2 macam nie..orang lain pun mesti penah juga kan..buat baik orang pertikaikan,buat jahat usah cakap lah comform orang pertikaikan..hyee..tak tahu lah nak cakap macam mana..Bila orang tu cakap pasal kita tahu pulak nak kecil hati,tahu pulak nak melenting..orang yang kita mengata tu tak pikir ke hati dia..mesti sama macam kita.. mungkin kadang2 kita tak sedar dengan apa yang kita buat..street to the point jee kita pasal benda yang kita nampak kan..walaupun niat kita bergurau..tapi berpadah2 lahh..bukan semua orang boleh terima gurauan..kalau orang yang kita cakap tue tak kenal..ofcoz dia fikir lain kan?? 
so jgn menilai org dr luarannye shje sbb banyak benda dalam dunia ni kita nampak tak bermakna kita taw segala-2 nya. renung-2 kn & sme-2 amalkn.. :)

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyik

an – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

)5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Monday, 5 November 2012

keluarga bahagia

 enter image description here
“Kakak!!!!!!!”. Saya menjerit kuat.
Sudah terlambat. Saya hanya mampu memandang, cermin mata saya yang bingkainya sudah patah. Segera suami mengambilnya dari tangan Aqila.
Saya menahan marah, membisikkan pada diri supaya sabar. Sedang mengawal minda agar menekan butang ‘pause’ dari melakukan sebarang tindakan tidak wajar pada anak kecil itu.
Si kecil yang masih belum faham bahawa ibunya sedang marah, meluru pada saya. Senyum dan memeluk erat kaki si ibu ini.
Di saat kondisi kewangan yang agak menghimpit ini, untuk membuat cermin mata baru, ia satu masalah besar bagi saya. Silau mata yang agak tinggi tidak memungkinkan saya memandu dalam keadaan tidak bercermin mata.
Saya diam. Suami juga diam.
Membiarkan sahaja insiden itu berlalu.
Esoknya, satu beg kertas ada di atas meja, berisi cermin mata baru.
Diam-diam suami ke bandar, buatkan cermin mata baru untuk saya. Ditanya harganya berapa, dia hanya menggeleng kepala. Perasaan saya bercampur baur. Terharu dengan tindakannya, dan serba-salah juga ada. Memikirkan duit yang dikeluarkannya untuk cermin mata saya, di saat-saat begini..
Marah pada si kakak berjaya dikawal. Tidak seperti di awal-awal kelahiran si adik dulu. Si kakak kerap menjadi ‘mangsa’ saya melampias marah.
Marah kerana dia mencubit adik dan adik menangis.
Marah kerana dia ulang alik ke dapur, buka peti sejuk dan ambil telur mentah, acapkali pecah terhempas ke lantai.
Marah kerana dia sepahkan mainannya.
Marah kerana dia meragam tak tentu pasal.
Marah kerana dia menangis di tengah-tengah malam kerana saat terjaga, saya sedang menyusukan adiknya.
Marah dilampiaskan dalam bentuk pukulan dan tengkingan. Dan acapkali dia menangis saat menerima ‘habuan’ itu.
Entah bagaimana kacau bilaunya perasaan si anak yang menjadi kakak di usia setahun setengah itu. Masih kecil, masih belum mengerti apa-apa.
Entah betapa kecewanya dia, mungkin merasakan ibu sudah tidak sayangkannya sejak si adik menjengah dunia.
Entah betapa sedihnya dia menghadapi situasi yang berlarutan beberapa minggu ketika saya menjalani tempoh berpantang.
Mengenangkan jahilnya saya ketika itu, betapa saya ini tidak pandai mengurus emosi. Si anak menjadi mangsa.
Kerana itulah, airmata si ibu ini mengalir laju saat Ustaz Rujhan berkongsi kisah ini ketika ceramah beliau di kolej 2 minggu yang lalu. Kisah yang diceritakan oleh seorang ibu, perihal anaknya yang terlalu nakal.
Rumah yang sudah cantik dikemas oleh si ibu disepahkannya. Berulang kali, meskipun sudah dimarahi.
Si ibu ini sudah hilang sabar. Suatu hari, ditariknya telinga si anak bila dia menyepahkan rumah. Diajarnya pada si anak, agar setiap kali ibu menarik telinganya kerana kenakalannya, si anak perlu berkata: “Ibu, maafkan abang”.
Suatu hari, saat ibu sibuk memasak di dapur, si anak seperti biasa membuat sepah di ruang tamu yang telah dihias rapi oleh ibunya.
Ibu meradang. Si anak ketakutan dan lari ke luar rumah.
“Dummmm!!!”. Kedengaran bunyi sesuatu di luar rumah.
Sudah terlambat, saat si ibu meluru keluar, anaknya sudah terbaring di atas jalanraya. Darah merah memenuhi jalan.
Si ibu memangku si anak yang sudah nazak.
Dengan bibir terketar-ketar..si anak menuturkan kata-kata yang cukup mengusik hati si ibu:
” Ibu…maafkan abang.”. Si anak minta maaf kepada ibu kerana telah menyepahkan rumah tadi. Dan itulah ungkapan terakhir anak buat si ibu….
Saya mengesat airmata yang berlinangan. Mengenang saat saya memarahi anak.
Menyalahkan diri sendiri. Sukarkah memberi maaf pada anak? Kita juga pernah kecil seperti mereka. Bersabarlah wahai ibu! Maafkan mereka..
Hargailah saat mereka ada di depan mata. Kerana kita tidak tahu, sampai bila ianya akan begitu. Saat ia hilang, ia tentu satu perasaan yang sangat sukar untuk ditafsirkan.
Nakal anak tangani dengan hikmah.
Marah hanya membuatkan mereka keras hati. Berdoalah untuk mereka, kerana doa seorang ibu, sangat mustajab buat anaknya.
Anak-anak itu adalah rezeki. Hadirnya mereka bersama ujian, cabaran buat mematangkan ibu bapa. Sabar itu harus dipupuk sentiasa. Gerun saya memikirkan, anak-anak andai sentiasa dimaki, diherdik, ditengking ibu bapa sendiri yang tidak pandai mengurus emosi, bagaimana emosinya di saat membesar? Akan jadi pendendamkah anak-anak itu nanti?

Sunday, 4 November 2012

tak rugi pon~~

hallu hallu kopi ke miluu..da lmer faii tak update blog ney kan..mane tak nya..lappy faii kne tahan wad..rosakkk..bak kata cousin faii..lappy kne hntr klinik repair..huahua..pe2 jela istilahnya y pnting sekarang ney i get my lappy back..da lmer x update blog ney..dah bersawang..huahuahua..just joking..cer pasal lappy rosak ney..mmg salah dri sendiri pon..lalai n tak reti nak jaga betul2..faii kipas lappy uh rosak..then,bila die on die akn automatically shutdown sendiri..mula2 bapak faii yang check dulu..kowt2 bleh repair sendiri tak yah hantar kedai kan??but,in my dream..hurmm~~hantar juga kedai..macam putus wayang dalam pale otak nie..nak buat asgg macam mana..hatoiii..dah satu hal pulak..so,kena laa buat muka tembok pinjam lappy kawan.."yunk,aq nak pnjm lappy bleh"..buat laa muka macam nak makan penampaq..but,nasib bek laa kwn2 aq semua baik2 belaka..THANK MY FRENZ...expecially,housemate aku..NABILA..n my classmate..AQILAH..sebanarnya,faii nak cakap..kalau kita buat baik dekat orang..tak dapat rugi pun..malah akan mendapat kebaikan kalau kita sanggup tolong orang lain dalam kesusahan..kalau kita tak boleh nak tolong..cuba tolak dengan cara yang baik..bukannya,tolong lepas tu bercerita dekat belakang..p habaq dekat orang yang dia tu mintak tlog tapi hang buat perangai macam nak makan penyepaq..memang kena tabuh dengan orang sat gi..naya jaa cek oii..dapat apa??..dapat musuh,hilang kawan ada..dunia kan umpama roda,tak semestinya kita di atas sampai bila2..sekarang orang susah kita tolong,bila kita susah mustahil laa tak ada orang nak tolong..mesti ada walaupun tak semua yang nak..so, SALING BANTU MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN..

Wednesday, 26 September 2012

my cutie baby

hye all...faii hapy sangat2 hari ney coz faii akhirnya dpt juga bela kura-kura yang comel lotey tue.namanya ''Red-eared Slider'' n nme saintifiknya ''Chrysemys scripta elegans''.faii bli ney dkt pasar mlm kolej faii jee.da lmer usyar tpy bru sekarang dapat bli..sekali dgn rumah die sekali.kura2 ney faii kongsi dgn houusemate faii.kura2 ney d 2 ekor sekor jantan n sekor betina.
haa..comel tak??y belah kiri tue namanya NIKO(jantan) n y belah kanan tu NAO(betina)..hehehe..
tgok ney..siap tdo lagi dekat atas lappy faii..selambe jee..huhu..sedap jee tdo faii duk taip2 ney pon xbgun2.hahaha..tgok dieorg tdo ney comel sgt2.geram jee..eee..comell~~dush dush(mcm tue ke bnyi comell)hahahahahaha.....so smpi cnie jela kisah NIKO n NAO.nnti faii sambung lagi ea.papai


Wednesday, 19 September 2012

muhasabah diri

waaa..dah lama tak update blog ney.tak sempat nak update.yela sekarang ney minggu duk sibuk dengan assignment.itu lah die kehidupan seorang pelajar.Tak pernah lepas dek tugas-tugas yang menggunung kerana/akibat menangguhkan kerja.*padan muka kau*.dua ASSGNTMENTS da lepas n hari ney pon bakal lah di hulurkan kepada tuan yang berhormat n tuan besar(lecture) so,lepas laa jugak azab nya.fuhhh~~but,ada lagi dua kerja yang menunggu.huhuhu...bila ah nak habis sem ney.rasa masa tu lambat jee.sem ney laa rasa paling lama sekali.huiy ai..terasa seksa nya sem ney.macam banyak plak azab nak tanggung.Nak buat macam mana kan da memang itu kehidupan seorang siswa.sabar-sabar dah tak lama lagi dekat sini.tinggal lagi setahun setengah je lagi.Tapi jangan lupa dugaan kita di atas bumi ALLAH S.W.T ney tak akan berhenti.bak kata orang puteh NEVER STOP dan ALLAH juga tak akan menduga hambanya jika hamba nya tidak mampu menghadapi sesuatu dugaan itu.Dengan setiap dugaan itu lah yang akan membuatkan kita matang dalam menjalani kehidupan seharian kita.betul tak??faii teringat satu ayat ney yang berbunyi..perjalanan hidupn kita yang dulu akan menentukan siapa kita sekarang.kerana,setiap menda yang jadi akan membuatkan kita lebih berhati2 dan sentiasa beringat.so,sabar lah menghadapi setiap dugaan yang mendatang.peringatan ney jugak bukan untuk sesiapa yang membaca link ney sahaja malah, untuk diri faii juga.insya allah~~jika nawaitu kita betul,ALLAH akan permudahkan setiap urusan kita kelak.amin~~

Friday, 14 September 2012

i city colourfull

haa...khamis hari tue faii pergi I-ciTy dengan budak2 rumah faii pakwe NabiLa yang bawak kitaowg n tourism ny ofcoz laa cik ShuHada kita.hehehe..da lmer bru sempat nak post menda ney..kira lapuk gak laa ea??hehe akhirny faii sampai jugak ke i ciTy yang orang duk sibuk nak pergi tu kan..tempat dia nice coz bnyak sangat lampu2 y colourfull cntik sanagt but tak bawak kamera so,xpat ambil gambar dkt sana..cuma sempat beli headband*btul ke eja die*
abaikan muka dekat atas tue..yang penting nak tunjuk headband tu jee..comel tak..hehe
siap berlampu lagi kau..myb like a child but i like it.comel sangat tambah2 kalau budak2 kcik pki..comel~~
hahaha..hehehe..huhuuh...faii beli menda alah ney dgn budak bilik faii kitaowg pny sama.kengangan dekat i-ciTY.hehe..insya allah klau d rezki pegi lgy bwak kamera n snap pic manyak2*ok spoil bhse cm uh,ko igt ko comel ke faii*hhehehehe..n xlpew jugak abaikan permandangan dekat belakang tu.huhuhu...




Tuesday, 11 September 2012

i miss u all my

waa..teteiba plak rindu sangat2 dekat kwn2 lme faii dolu2.hu hu hu..bila laa boleh nak jumpa dieorg semua ney.dah laa masa raya tak sempat nak jumpa dieorg.bila blik rumah dieorg semua dah mula balik campus masing2.belajar semuanya dah juh2 belaka dah tak ada yang dekat dah.fai terjumpa satu ayat ney.memang terharu sangat2.
hurm...ayat ney laa yang mebuatkan diriku tidak keruan dek mengingatkan dirimu wahai kekasih hati ku.*wah ayt tak boleh thn mcm bercintan*
inilah die muka2 yang selama nie banyak menolong faii dalam banyak hal n ada masa faii susah or senang.n selalu memotivasikan faii n bgi semangat.rindu korang sangat2.
ini lah die pakatan askar2 perang gila faii.hahaha...yang ini geng2 fai tuk buat kerja gila dekat skul dlu.kalau dengan dieorg ney mmg kecoh laa.mulut msg2 semua bising.tapi,kalau d pe2 hal mntk tlog dieorg mmg ON time jee..but,gler pny keja serah jee dkt dieorg.huhuhu...rndu korang sgt2.
ini pulak sahabat untuk faii..nama dia YANIEE,tapi faii pggl die YAN jee.kawan faii yang paling rapat dengan faii mse dkt sekolah sampai laa sekarang masih lagi contact yang len tu pun contact jugak.but y ney mmg faii rapat gler2.sampai ada cakap faii dgn die kawan dri kecik.waw..i like hahaha...
yang ini pulak..kembar faii lain mak,lain bapak.faham tak??maksud nya muka jee agak2 macam seiras..yeker??macam tak jee..ney nama dia AIN.tapi masa dekat sekolah dulu orang selalu salah panggil faii dengan die..faii ney orang igt ain,ain orang igt faii..heboh satu skul cakap kitaorg kembar.hahaha.

tapi pe2 pin faii sayang dieorg semua,bukan senang nak dapat kawan macam dieorg zaman sekarang ney oiiii...faii bersyukur gler dapat kenal dieorg.Bgy faii dieorg ney laa kwn faii yang pling faii sayang n faii tak kan lupa muka2 dieorg.INSYA ALLAH.faii arap ALLAH panjangkan persahabatan kami semua.aminnn~~~






10 perkara penyebab hati buta


hari ney faii nak kongsi sesuatu.tadi faii tengah on9 sekali ternampak lah pulak orang post mnde ney dekat wall.faii pun ambil laa teringin nak kongsi dekat blog faii yang tak seberapa ney.so,faii pun mula kan operasi 
meng update blog *klu thu dek cgu BM aq ney mau fail die bgy*hhahaha..abaikan..so,renung2 kan dan selama beramal.

Friday, 7 September 2012

i want it..but myb in my dream~~: (


I really2 want this..but skrg harga dia mahal gila2..klaw minta dekat bapak pun comferm lah tak dapat.tak silap bapak aku suruh beli sendri kumpul duit..hurmm..sedih nya lah.tak ad ke orang nak bagi aku free benda alh nie.haa...mak bapak along nak ini.boleh laaa *macam lah mak bapak kau kaya*
takpe2.bak kata orang sabar tu kan separuh daripada iman.kalau kita sabar satu hari nanti akan ada yang terbaik untuk kita kan??btul tak semua.. aiceh..nak sejuk kan hati sendiri hahahahaha..kalau tak dapat yang ini tak silap bila time aku dah keje nanti ada yang lagi canggih daripada nie plk kan..almaklum lahh zaman sekarang ni teknologi da jadi uncontrol dah.macam2 patern,macam2 model dah keluar.Sebagai contoh tgok mak su aku tu haa..dulu tak ada pun nak barang2 canggih ney.ble dah keje die lah plg advance aku tgok.duit semua lbur dekat barang yang agak2 dia suka.*aku pun ada jugak main dia pnya barang2 uh*kahkahkah....SABAR LAH ANDA,PASTI AKAN DAPAT SATU HARI NANTI.amin~~~~
besar dah aku tulis tu haa..hye,budak bilik aku ada jugak ajak kerja ujung mggu kumpul duit poket..kalau dari khamis sampi jumaat boleh dapat 2 RAT mey..banyak woo..sapa maw bagi itu macam banyak.lepas duit bulan2 kolej tu.hai,nak kerja tapi tak ada confident r nak kerja tu.ADA ok lah dia dah lama dah keja macam tu.aku first time.takut lah nak kerja serve2 orang nie.kalau silap mati aku.bukan calang2 punya tempat keja.HOTEL tu.tempat orang kaya2,mewah serba serbi.hurmmm...entah laa..niat uh ada lah jugak nak keja sana.tngok lah macam mana nanti.*enth bila tngok nya tu nnti*