hey,my little friends

Monday, 20 May 2013

apa ada dengan " NAMA " ??

ASSALAMMUALAIKUM u olls. hari ni aku nak cakap pasal nama.mesti korang pernah cari maksud nama korang dekat mana-mana. buku,internet,facebook atau dekat mana-mana jela. hari ni aku nak cakap pasal nama aku jela. selama ni aku just tahu nama aku tu WAN/NENEK belah bapak aku yang bagi nama tu. dekat-dekat pula dengan nama bapak aku. bapak dengan mak cakap. wan cuma letak nama FAIRUZ aje. bapak tmbah SITI dekat depan nama aku. so,kekal nama tu untuk aku. SITI FAIRUZ bte MUHD FAUZI. FAIRUZ maksudnya Batu Permata Biru Kehijau-hijauan. SITI pulak untuk gelaran bagi perempuan. ada apa pada nama aku.haa jom tengok. alang-alang aku dah jumpa aku show off kat korang.(but,don't misunderstanding haa. aku just saje2 jee benda ni. korang yang baca layan jela apa yang aku buat ni.)sebab zaman sekarang ni orang suka suki jee letak nama apa-apa pun untuk anak-anak diaorang. sebenarny pemilihan nama itu juga satu benda penting. bak kata orang kalau nama anak panjang-panjang ney nanti dia susah nak bawak.(tak tahu la bawak macam mana.itu kata orang tua tua.sebenarnya letak nama yang tak ada maksud dalam islam atau pun nama yang terlarang ni.tak elok.itu lah maksud orang dulu-dulu tu). yang bawah nie maksud nama aku. kalau korang nak tahu maksud nama korang. tungguu~ layan entry aku ney dulu. nanti aku bagi link. korang cari laa nama korang,BF/GF korang ikut korang laa.


 SITI FAIRUZ
SSuci
IIkhlas
TTulus
IIdealistik
FFleksibel
AAmanah
IIntuitif
RRamah
UUntung
ZZuhud

Maksud huruf pertama Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

SPandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
ISuka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
TSangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
ISuka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
FPunya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
ARamah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
ISuka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
RPendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
USuka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
ZPandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
yang dekat atas ni jangan lah korang percaya 100%. tak semuanya betul aku cuma nak share dengan korang je. jadi makanya aku just buat nama aku jela. kalau korang nak tahu nama korang. tak apa aku akan bagi link nya. korang check laa dekat bawak ok. nanti aku bagi.biar aku habis dulu apa yang aku nak sampai kan. jadi makanya pada sesiapa yang bakal menimang cahaya mata ataupun dah menimang cahaya mata. bagilah nama yang sesuai yer. jangan nama sedap tapi maksudnya tak apa-apa. yang tak elok dia letak dekat anak nya. sampai ke besar orang duk panggil nama tu. lama-lama perangai pun boleh jadi macam nama nya juga. so pandai-pandai lah pilih nama. dekat bawah ni aku kongsi kan lagi nama-nama yang terlarang dalam islam. jom layan. ekh,ada lagi bukan setakat nama anak je. zaman sekarang ni. tambah-tambah dekat budak2 sekolah. alaa cinta monyet laa kata kan. but cinta monyet boleh bawak sampai ke akhirnya taw. ok stop but cintan. ada juga nama gabungan yang membawa maksud yang baik dan sedap didengar. apa?nak tahu?sabar kejap lagi aku bagi yer. baca bawah ni dulu.

Nama-nama Dilarang dalam Islam (Panduan menamakan anak)

AbkamTidak celik, buta
AbiqahHamba yang lari dari tuannya
AfinahYang bodoh
AsyarPaling jahat
AsyirahYang tidak bersyukur atas nikmat
AmahHamba suruhan perempuan
BaghiahYang zalim, jahat
BahimahBinatang
BalidahYang bodoh, bebal
BakiahYang menangis, merengek
BaqarahLembu Betina
BatilahYang batil, tidak benar
DabbahBinatang
DahriyahYang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
DahisyahGoncang, stress
DarakahKedudukan yang rendah
DaniyahYang lemah dan hina
Dami'ahYang mengalir air matanya
FasidahYang rosak, yang binasa
FasiqahYang jahat, si fasik
FasyilahGagal, kalah
FajirahYang jahat, yang berdosa
Faji'ahKecelakaan
GhafilahYang lalai, yang leka
GhailahKecelakaan, bencana
GhaibahHilang
GhasibahPerampas, perompak
GhamitahYang tidak mensyukuri nikmat
GhawiahYang sesat, yang mengikut hawa nafsu
HaqidahYang dengki
HasidahYang hasad
HazinahYang sedih
HuznKesedihan
KhabithahYang jahat, yang keji
Khali'ahYang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ahYang bersalah, yang berdosa
KhasirahYang rugi
KhamrahArak
JariahHamba suruhan perempuan
JafiahYang tidak suka berkawan
KaibahYang sedih
KafirahYang kafir, yang ingkar
KamidahYang hiba, yang sangat berduka
KazibahPendusta, pembohong
LahabBara api
LaghiahSia-sia, tidak berfaedah
La'imahYang tercela
LainahYang terkutuk
LahifahYang sedih, menyesal dan dizalimi
MaridahYang menderhaka
MajinahYang bergurau senda tanpa perasaan malu
MajusiahAgama menyembah api atau matahari
MunafikahYang munafik
MusibahCelaka, bencana, kemalangan
NariahApi
NasyizahYang menderhaka dan melawan suami
NajisahYang najis dan kotor
QabihahYang buruk, hodoh
QatilahPembunuh
QasitahYang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
QazurahKejahatan, perzinaan
RajimahYang direjam, yang dilaknat
Razi'ahKecelakaan, musibah
RazilahYang keji dan hina
SakitahYang jatuh, yang hina, yang jahat
SafilahYang rendah dan hina
SahiahYang pelupa
SakirahPemabuk
SyafihahYang bodoh
SyaridahYang diusir
SyaqiyahYang menderita
Syarrul BariyyahSejahat-jahat manusia
Syani'ahYang buruk
SyarisahYang buruk akhlak
SyatimahMaki hamun
SyariqahPencuri
TalifahYang rosak, yang binasa
TarbiyahYang papa kedana
TarikahAnak dara tua
TafihahKarut
TalihahYang tidak baik
YaisahYang berputus asa
YabisahYang kering, yang sedikit kebaikannya
WahinahPenakut
WaqihahYang kurang sopan dan malu
WasikhahYang kotor
WasyiahYang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
WahimahYang lemah
WahiahYang lemah, yang jatuh, yang buruk
WajilahPenakut
WailahBencana, keburukan
Waqi'ahPertempuran dalam peperangan, umpatan
ZalijahKebinasaan
ZalilahYang hina
ZalimahYang zalim
ZaniyahPenzina, pelacur
ZufafahRacun pembunuh

haaa...dah baca dah. ok,sekarang nie aku bagi korang link yang korang nak sangat untuk check nama korang,mak ayah,makcik pakcik,sedara mara korang bF/gF korang. check la. ! klik sini !.
kepada mana-mana yang tersinggung dengan post ney. minta maaf. ini hanya sekadar perkongsian.

It's always a joy when Allah blesses you with a child. Children bring happiness and joy, but also trials and great responsibilities. One of the very first duties you have toward your new child, besides physical care and love, is to give your child a name that carries honor and Islamic meaning behind it.

It is reported that the Prophet (peace be upon him) said: "On the Day of Resurrection, you will be called by your names and by your fathers' names, so give yourselves good names." (Hadith Abu Dawud)

Remember, just because a name stems from a certain language or culture, doesn't mean that it has a good Islamic meaning. Several of the companions of the Prophet Muhammad (peace be upon him) changed their own Arabic names, because the meanings of their names connoted wickedness.

akhir kata dari aku daripada petikan yang aku copy&paste untuk semua.

#cik Siti Fairuz #publish

Thursday, 16 May 2013

♪ ♩♫selamat hari guru.♪ ♩♫ ❤ ❤ ❤

Masa zamn sekolah dulu aku budak paling teruk sekali dalam pelajaran. aku tak minat nak belajar. parents hantar aku masuk asrama dekat perlis. dekat situ aku belajar berdikari. duduk jauh-jauh dari family. dekat situ aku mula belajar kenal diri sendiri. apa kita nak dalam kehidupan kita. asrama lah tempat aku mula ada impian untuk belajar. untuk aku buktikan dekat orang yang aku pun boleh buat sama macam orang lain. sepanjang hidup aku selalu di pandang rendah oleh orang lain. kesalahan aku selalu dinilai. kebaikan aku selalu di ketepikan.

Tapi sayang bila aku mula seronok ada halangan yang tak dapat aku elakkan. demi kebaikan aku dan keluarga aku balik ke negeri tempat aku menetap dari kecil. aku balik Seremban. aku minta izin mak dengan bapak aku nak bertukar ke sekolah yang berasrama sebab aku dah selesa duduk asrama. jadi aku nekad nak teruskan juga duduk asrama. akhirnya aku berpindah ke sekolah di kawasan perkampungan. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG GELAMI. aku lalui lagi kehidupan sebagai seorang pelajar asrama. guru guru sekolah ini lah yang telah menjadikan aku sebagai seorang anak murid yang berguna. guru guru di sekolah ini lah yang buat aku belajar percaya dengan diri sendiri. guru guru sekolah ini lah yang telah memberi aku semangat dalam pelajaran semasa aku jatuh kegagalan. jasa guru guru ini tak akan pernah aku lupa kan sampai bila-bila.

Mereka merupakan ibu bapa kita semasa di sekolah. mereka lah yang menjaga kita semasa ketiadaan ibu bapa kita. tanggungjawab mereka umpama memikul tanggungjawab ibu bapa kita, tapi anak-anak murid zamn sekarang ada yang sangat berani menindas guru,meninggi kan suara dengan guru,tak takut melawan cakap guru,tak reti menghormati guru. mereka menurunkan ilmu untuk kita menjadi insan yang berilmu. tidak mudah ditindas oleh orang lain satu hari nanti. andai aku boleh putarkan masa. aku nak balik zamn sekolah. aku nak belajar betul-betul. menjadi lebih focus dalam kelas. mendapat keputusan yang lebih baik daripada apa yang aku dapat. tapi semua tu dah terlambat. tapi aku bersyukur kerana didikan mereka dan ilmu yang mereka berikan aku dapat menjejakkan kaki aku ke alam universiti. kalau diberi kesempatan aku nak sangat jumpa cikgu-cikgu aku & aku nak mengucapkan sangat-sangat berterima kasih kepada mereka kerana telah mendidik aku dan rakan dengan sabar dan memberikan kami perhatian umpama anak sendiri. terima kasih cikgu.

Besok bekas sekolah aku ada sambut hari guru. tak dapat pergi. tema tahun ni ''come back to school''. mesti meriah cikgu-cikgu pakai baju sekolah semula. waa. kawan kawan aku ada yang pergi.seronoknya kalau dapat join sekaki. tapi apa nak buat tak berkesempatan. so,maybe lain kali laa kan.
kepada adik-adik yang masih bersekolah tu,atau awak awak yang masih belajar tu. hormat la guru kita. andai kita salah rela kan aje. kalau dia salah cakap la baik-baik tak payah nak tengking-tengking.

#Selamat Hari Guru to all my teacher & my lecture.thank u so much.

#this entry is publish

Sedang Apa Dan Dimana - Ammy Simorangkir


SEDANG APA DAN DIMANA wahh hari ni rasa mood nak menjiwang jap. bukan apa hari ini aQ terjumpa balik lagu yang dah lama juga laa. but boleh di terima dekat halwa telinga ni walaupun korang dengar berjuta kali sekali pon. so,jom lah hayati liriknya ini.(padahal tak ada idea nak post apa.ngee)

Dulu selalu ada
Waktu untuk kita
Kini ku sendiri

Dulu kata cinta
Tak habis tercipta
Kini tiada lagi

Sedang apa dan di mana
Dirimu yang dulu ku cinta
Ku tak tau tak lagi tau
Seperti waktu dulu
Apakah mungkin bila kini
Ku ingin kembali
Menjalani janji hati kita

Sedang apa, sedang apa, dan di mana
Dirimu yang dulu ku cinta
Ku tak tau tak lagi tau
Seperti waktu dulu
Apakah mungkin bila kini
Ku ingin kembali
Menjalani, menjalani, menjalani janji hati kita



Wednesday, 15 May 2013

9 Ayat Maut Seorang Perempuan


Haa, ni admin ada terjumpa artikel yang dikatakan ayat-ayat maut seorang perempuan, dikatakan ayat-ayat ini sering diucapkan perempuan ketika mereka sedang marah dan dalam keadaan mood tidak baik.
 Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut..

9 Ayat Maut Seorang Perempuan

 1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.
 2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.
 3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.
 4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.
 5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.
 6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda
 7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe
 8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.
 9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.
 Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …
 #copy&paste
#publish

Thursday, 9 May 2013

Kelantan.

aku bukan orang kelantan.tapi aku terlihat satu post yang aku jumpa mengenai sebuah negeri bernama Kelantan.aku tak tahu lah betul ke tak.Tapi aku rasa tertarik dengan apa yang tercatat.walaupun orang cakap dekat kelantan ramai orag miskin.tapi bagi aku diaorang tak miskin dengan pegangan agama.walaupun ada yang cakap dekat kelantan ada orang tak beradap.dekat tempat lain semua beradap kah?semestinya tidak.so,jom aku tunjuk apa yang membuatkan aku nak cakap pasal Kelantan.aku pernah je pergi kalantan.Alhamdulillah orang nya semua baik,ramah ramah belaka.

SEBARKAN !!:: KELANTAN DARUL MISKIN ::.

Di negeri miskin itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
qaryah ramadhan dibina..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Pernahkah anda melihat kesederhanaan seorang SULTAN dan RAJA sebuah negeri di Malaysia?

YANG BERKOPIAH dan sekadar BERBAJU MELAYU serta BERKAIN PELIKAT itu adalah SULTAN MUHAMMAD V, "Sultan negeri Kelantan Darul Naim". Di sebelahnya yang BERJUBAH PUTIH dan BERKOPIAH adalah MENTERI BESAR negerinya.

Satu kombinasi yang mantap! Inilah Pemimpin dan Sultan dambaan rakyat jelata. Bertuahnya rakyat negeri Kelantan Darul Naim yang memiliki pemimpin dan raja yang hatinya bertaut dengan ISLAM.



Takbir!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!

Wednesday, 8 May 2013

Bismillahi Rahmani Rahim (✿◠‿◠)



[RAHSIA/KELEBIHAN SURAH AL-KAUTSAR]

BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR 
...See More♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat


jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biakan didalan ini anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia)
, dia akan tetaopmemperoleh pahala.






LALANG JDT vs ATM

pada 07/05/2013 aku telah menjejakkan kaki ke Stadium paroi utnuk menyaksikan perlawanan bola antara johor darul takzim a.k.a JDT dan ATM. aku pergi dengan kawan aku yang semua nya memang dah asal anak jati johor. kira aku jela yang sesat negeri9 + perlis. mula-mula tu pergi memang sokong johor laa kan. walaupun aku bukan orang johor.heee. but,aku memang enjoy gila semalam. dah lama aku tak jejak stadium paroi tu. semalam jejak rasa macam lain pula. rasa macam besar semacam. haha..my feeling.
aku pergi sana time tu hujan lah pula. tapi tetap juga tengok walaupun hujan.semangat punya pasal nak tengok bola. redah laa juga. yang bestnya tengok gelagat penyokongnya tu. tak kira lah johor or Atm punya penyokong. dua2 gempak. aku sampai hafal lagu johor. haaa. nampak tak pengaruh johornya tu. huhuhu.. hujan-hujan pun diaorang tetap nyanyi juga. bergendang bagai. yang kelakar nya bila dah habis aku dengan kawan2 aku semua nyanyi lagu atm. sokong johor nyanyi lagu atm. acamne tu. memang sah2 laa orang pandang pelikkan. sampai ada yang bisik sesama sendiri.

''diorang hafal lagu atm'' memang la bang kami nie anak didik ATM.

sampai keluar pun nyanyi lagu atm.semangat tak semangat nya. gara2 bola nyanyi lagu tu.pe pon tak boleh. but,i really2 enjoy last night.

''apa??tak percaya?? tak apa meh sini aku tunjuk bukti yang aku pergi. meh meh.




haaa. percaya tak?? ini jela yang aku share ngan korang kan.tak yah laa tengok gambar banyak2. cukup lah sekadar bukti yang mengatakan aku pergi tengok jdt vs atm. huhu.

publish : check it out.

Tuesday, 7 May 2013

10 Tips Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Bergaduh Dengan Pasangan


haa..boring godek punya godek jumpa benda alah ni. Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Bergaduh Dengan Pasangan.jom layan.

siapa malas baca suh laa kawan bacakan.buat macam ala-ala bed night story..huhu..

1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!

3) Jangan Tinggikan Suara

Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif

Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat "terasa", jangan terlalu sensitif atau "take it too personal". Keadaan yang tengah "panas" boleh buat anda terlepas cakap. Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu, kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja "melepas" cakap tanpa berfikir panjang.


5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.

6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.


7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!

8) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.

9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.

10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

fai : Oleh itu, jika ada masalah bawak lah berbincang dan jangan la anggap perpisahan adalah penyelesaian segala-galanya. Renung- renungkan…


#copy&paste #publish

Sunday, 5 May 2013

c-clown SOLO



I couldn’t say anything and just stood still
I cried for a long time and then opened my mouth
Just give me one more chance
I wanted to hold onto you with these words
Without knowing the reason, I stood in front of you
And after fighting with you like a fool
You left me and I was left alone
In front of your house
Now I’m solo (solo) Maybe I’m solo (solo)
I don’t ever want to meet a person like you
I wanted to break up
Now I’m solo (solo) Maybe I’m solo uh uh
(I’m sorry goodbye)
I don’t like you, I don’t like you
Hello, goodbye, solo
Baby, I want
You were the woman I wanted
You were like a fragrant perfume
I can’t forget – like insane
Our relationship has gone past the river
And can never come back – again rewind
I’m sorry, I was wrong
I will disappear before your sight
I guess you hated me because I lacked so much
I try to understand but it’s not that easy
You’re not smiling and you’re just giving short answers to me
Now I’m solo (solo) Maybe I’m solo (solo)
I don’t ever want to meet a person like you
I wanted to break up
Now I’m solo (solo) Maybe I’m solo uh uh
(I’m sorry goodbye)
I don’t like you, I don’t like you
Hello, goodbye, solo
Over It’s over, you and me are now over
Love is over It’s over Not lover tonight
Uh Uh I know that I really screwed up but
Don’t just stand that and dig away at my tears
Are you really the person that I loved?
We’re not really breaking up
Don’t end things so emptily
Now I’m solo (solo) Maybe I’m solo (solo)
I don’t ever want to meet a person like you
I wanted to break up
We won’t ever go on trips together
We won’t ever sing that song together either
My heart feels empty (still feel alone, so lonely)
Now I am lonely and alone
My lonely, burnt up and tired body
Is now going back to before – solo solo solo

Saturday, 4 May 2013

my precious friends

fuhhh..telah sekian lama aku tak meng-update laman cerekarama aku ni.macam dah berhabuk je..fuh fuh..(tikus berlari-bekejaran). ok fine serius. hari ni tiba2 je rasa nak update blog yang dah lama aku tinggal kan ni. almaklum laa sekarang dah tak sempat nak update. duk sibuk berdating jee. woop! sabar. bukan dating yang pergi bercintan tu yer. berdating dengan assigment yang dah tahap macam nak meletup kepala aku pikir. makin nak habis makin lah susah. masya Allah. sesak kepala aku. sampai tanya dekat senior pon tak juga dapat buat. tapi nasib baik laa ada kawan2 & senior yang sanggup nak membantu. walaupun di waktu terakhir.heee. cakap pasal kawan ni. memang banyak benda nak cerita. but,sekarang ni aku nak cerita pasal kawan2 aku yang seangkatan dengan aku dengan kolej ni. masing2 dah tunggu masa je nak angkat kaki and say good bye LINTON UNI COLLEGE.wahhhh. tapi nak buat macam mana kan ''setiap pertemuan,pasti ada perpisahan''. itu lah lumrah manusia. sama juga kita dengan yang satu. ALLAH S.W.T dari dia kita datang,kepada dia kita pergi. sepanjang 2 tahun lebih aku dekat kolej ni. aku dapat belajar macam2. aku ingat zaman aku asrama dulu dah habis. rupa2 nya aku masuk kolej ni lagi berat rasanya nak berpisah dengan kawan2. dengan diaorang lah aku bergurau,bergaduh,bertekak semua la. dengan diaorang juga lah aku minta tolong. tak ada diaorang dengan aku. tak tahu laa macam mana keadaan aku dekat kolej ni. aku memang bersyukur sangat Allah kurnia kan aku kawan2 macam diaorang. diaorang lah yang buat aku gembira bila aku sedih,diaorang lah yang buat aku lupa semua masalah aku dengan perangai gila2 diaorang. mesti ada yang baca ni akan PK negatif juga. something like.

''alah kau nak ampu kawan kau je'' but the reality,suka aty wa laa. wa punya kawan. heeee...hoL.


ni budak rumah aku yang buat aku nak jerit satu rumah sebab perangai dia. tapi sebab kan dia juga boring aku hilang. dia jela yang nak dengar aku membebel hari2. terima kasih nabila (bie)
Lai lai lai..pilih pilih. hai~ yang mana satu, pilihan hati~ woo woo memang tak pek la. diaorang ni semua nya udah berpunya dong. hee.. yang ni kawan2 aku dalam club. mereka semua ni orang2 kuat dalam watan. cun tak?? harus lah cun?? personaliti pun cun maa. aku sayang diaorang ni. tahap sporting & kepala gila2 memang tip top. tapi lepas ni masing dah habis susah laa nak lepak macam sekarang. duk huhahua tengah2 malam dekat bawah block sampai ada yang nak rentung kena simbah air panas. haik...(ayat ciplak kawan) pon boleh la labu. rentung pun rentung la.
ini buddies aku masa dekat kem tahunan. kalau tak ada dia,kalau bukan dia buddies aku. dekat hutan aku tak tahu nak buat pe. nasib baik laa ada dia. dia lah yang banyak tolong aku. memang masa dekat hutan aku memang banyak susah kan dia. sorry beb. terima kasih sudi layan kerenah aku masa dekat kem. TQ so much.

ada lagi gambar nya. tapi takkan nak share semua kan. so,ini jela yang dapat aku tayang kan. kalau nak tengok lagi datang jumpa aku. live aku tunjuk. ok tak kelakar. kenangan aku dengan korang takkan aku lupa kan sampai bila2. u'r my precious friends ever. andai lepas ni kita berpisah aku harap satu hari nanti kita akan berjumpa walaupun sekejap. tq I LOVE U~~