hey,my little friends

Wednesday 28 January 2015

Dunia Baru

                                         
Assalamualaikum semua dan Salam sejahtera kepada sekalian umat yang sanggup baca blog yang dah berhabuk dek lama tak update ni. Lama kot tak menjengah blog Cik Siti ni. Almaklumlah.. dah sibukkan. (ceh poyo gila sibuknya). Apa-apa pun tak terlambat lagikan nak ucapkan selamat tahun baru semua. apa azam korang? aq punya azam..hurmmm..tak ada dan tak pernah ada. sedih eakk?? Apa azam korang kongsi kongsi lah sikit dengan aku. kot boleh tersenarai sekali dalam list kehidupan. heee. Dalam tahun ni je dah banyak perkara yang jadi walaupun masih awal tahun. Macam-macam ragam, kerenah manusia serta perjalanan kehidupan yang dilalui. Tersangat-SANGATlah memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dalam diri ni. haa..panjangkan mukadimah dia.

Nak kecoh sikit ni. Aku dah habis belajar woiiiiit. Pada tarikh keramat tapi tak hingat, bulan 10'2014 akhirnya setelah 3 tahun aku berjuang untuk menamatkan zaman mahasiswi aku. Aku berjaya juga habiskan Diploma (Dip je pon, but Alhamdulillah). *Tak nak sambung Degree ke?? hmm persoalan yang sangat-sangat lah menyentap jiwa mak jah. Memey lah nok wei, dalam hati dan sanubari ni nak sambung lagi study, tapi apakan daya rezeki belum ada lagi nak sambung, but maybe satu hari nanti i will future study and take degree. In Sha Allah. Aamiin~

woot woot ..nak belanja sikit gambar konvo ni. tumpang lalu yer:
                                              
                                    



                                          

Sikit-sikit dah laa ea gambar. nak bagi banyak-banyak over plak kunk. so ini jela gambar yang ada. Ini jugalah sahabat-sahabat yang sepanjang study selalu ada, gelak ketawa, menggila semua sekali. (nakal-nakal semua nampak je muka-muka sok suci tu) hahahah. Sekarang semua dah jauh-jauh belaka, dah bekerja, bakal-bakal berkahwin pon ada tu ha. Aku? tunggu anak kerabat diraja lah masuk minang. *amboi test tinggi melambung. hiiii. Tak ada lah belum sampai masa lagi jumpa jodohnya. banyak lagi benda nak kena fikir uiiyyy. In Sha Allah ada lah nanti tu kan.:) Jodoh pasti bertemu by afgan.

Then, alhamdulillah rezeki aku lepas je habis belajar aku terus ditawarkan kerja betul-betul dekat dengan rumah. 10 minit je dari rumah, haa pandai tak cari tempat kerja tapi merasalah juga menganggur 4 bulan setengah, Seksa woi 4 bulan nganggur..hooo. so, moral of the story jangan lepas kan peluang yang ada, walaupun memang dah Aim tak lama nak kerja dekat tempat tu. hang apply P laa. sambil-sambil minta tempat lain. kot dapat lebih better, angkat kaki jalan saja lah. Sepanjang 4 bulan nganggur tu pun, sakit laa juga. bukan sakit apa sakit tengok kawan dah start kerja, orang keliling duk tanya-tanya lagi.

"Along dah kerja ke?" "Tak apply mana-mana ke kerja, banyak kerja kosong dekat..bla bla bla"

kerja memang banyak, apply memang apply. tapi belum tentu orang nak panggilkan. so sekarang aku dah faham apa perasaan nya bila aku yang kena arrage kan untuk orang datang interview, then bila kena reject oleh orang atas. kesian kot. Pada yang arrage kan untuk orang kerja tu. Tolong-tolong lah sikit yer, *eak eakh kemain kau fai. nasihat melampau. hehe.

Bila dah start kerja ni banyak dah benda nak kena fikir. kerja setiap hari kalau tak jumpa orang tak apa. ini setiap hari ngadap orang, macam-macam kerenah. Dari sebaik-baik orang sampai lah yang tak faham bahasa melayu. *maksudnya yang kuang ajaq la.

panjang sangat dah ni dah macam berabad nak cerita hikayat hidup. So, korang semua sampai sini jelah yang dapat aku coret kan untuk korang. Nanti kita cerita lagi yer. Kalau ada masa lapang akan di update kisah seterusnya.

so, poppye. Selamat maju jaya di tahun baru ini dan semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Publish by: Cik Siti Fairuz












Monday 4 August 2014

penyakit hati.

Kita sebagai orang Muslim hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT, yang sentiasa memelihara diri kita dari menjadi musyrik, dan munafik iaitu dengan cara mendekatkan diri kepada Allah SWT mengerjakan peritahNya dan menjauhi laranganNya.

Manusia saling memerlukan di antara satu sama lain. Apabila saling memerlukan maka ianya memerlukan kepada pergaulan. Di dalam berinteraksi ada banyak perkara yang perlu dijaga dari segi adab pergaulan, pertuturan dan perbuatan antara kita dan orang lain, lebih-lebih lagi dengan mereka yang selalu berada di sisi kita dan selalu berinteraksi dengan kita.
Punca tercetusnya rasa dengki dan dendam adalah bermula dari cara pergaulan kita yang boleh menyakiti hati orang lain. Terkadang kita hanya mahu orang lain berinteraksi baik dengan kita namun diri kita sangat tidak memikirkan hal hati dan perasaan dengan orang lain. Lebih-lebih lagi dikala kita dirundung masalah, tekanan dan ujian.
Tidak hairanlah jika ada dikalangan manusia hari ini yang sanggup menganiayai saudaranya sendiri, bermusuhan bahkan membenci secara diam atau nyata terhadap saudaranya. Ada juga yang menyakiti kembali dengan cara yang berbagai-bagai asalkan dirinya merasa terbela dan terbalas. Firman Allah SWT bermaksud : 

”Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa : ”Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau biarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang beriman: Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi maha penyayang.” (Al Hasyr : 10).

Apabila dendam dan dengki sudah muncul maka rasa permusuhan akan ada dengan subur seperti tumbuhan sampai berakar di dalam hati yang akan mengakibatkan perdamaian antara manusia akan hilang. Kalau sudah terjerumus ke arah sifat berdendam, maka awalnya mempunyai dosa kecil maka akan berubah menjadi dosa yang lebih besar. Berawal dari iri hati seseorang kerana orang lain memperoleh kenikmatan, kelebihan atau ada yang merasa tidak senang dengan seseorang atas sebab tertentu, ada sahaja yang dimusykilkan sehingga menghasut orang lain agar membenci dan menyangka yang tidak baik terhadapnya.
Dalam agama Islam, sangat membenci perbuatan seperti ini. Jangan sampai kita terjerumus ke dalam jurang yang tidak baik ini. Mencegah permusuhan merupakan ibadah yang besar menurut Islam. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW

”Mahukah aku beritahukan kepadamu perkara yang lebih utama dari puasa, solatt, dan sedekah?” Jawab sahabat : Sudah tentu ya Rasulallah. Sabda Nabi SAW ”iaitu mendamaikan di antara kamu, kerana rosaknya perdamaian di antara kamu adalah menjadi pencukur yakni perosak kepada agama”. (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi). Dalam Sabda Nabi SAW yang lain :”Janganlah kamu putus-memutuskan hubungan, belakang-membelakangi, benci-membenci, hasut-menghasut. Hendaknya kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara satu sama yang lain (yang muslim) dan tidaklah halal bagi (setiap) muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas ini menyatakan batas bagi mereka yang telah memmutuskan hubungan hanya tiga hari, kerana kemarahan seseorang akan reda selama tiga hari. Putusnya hubungan kita dengan orang lain ini ibarat awan hitam kalau amarah kita sudah reda, awan hitam tadi akan hilang di tiup angin, yang awan tersebut akan menjadi bersih dan terang kembali.
Dendam, iri hati dan dengki merupakan penyakit hati yang bersumber dari kita yang sering melakukan dosa. Bermuhasabahlah, selalu ingat kepada Allah SWT. Dan ingat bahawa harta benda, diri kita dan apa jua bentuk yang bersifat duniawi itu tidak selamanya akan kekal, setiap dari apa yang kita lakukan, bisikan, lintaskan semuanya akan dipersoalkan oleh Allah SWT kelak. Bersediakah kita? Wallahu’ALAM.

#cikSitiFairuz.  #publish

Tuesday 22 April 2014

new world..new challenge...new experience

selamat kembali ke dunia blogger kepada diri aku sendiri yang dah lama tak menjenguk ruangan maya ni kan. almaklum laa semenjak dah bekerja ni kan. sibuk memanjang. tak sempat nak update apa-apa. cewah macam lah kerja teruk sangat padahal tunggu je kerja datang bergolek depan mata. masa-masa yang lain menyelam sambil minum air. huahua. praktikal je woiii~~

 yup aku sedang menjalani latihan industrial sebelum menamatkan zaman diploma aku. dah 2 bulan dah aku praktikal. baru sekarang nak cerita kan. suka suki makcik laa yer anak2 nak cerita bila. hehehe.. gurau gurau..aku praktikal dekat Somban gak. maleh den nak poiey jauh-jauh hai. Seremban ni pun banyak tempat praktikal ha. aku praktikal mana? aku praktikal dekat satu company yang nak kata kecil, projek berlambak masuk, nak kata besar office dia kecil. *ta lawak laa woi!

 nama company tempat aku praktikal ni YAZ Trading. bagi aku dia satu company yang kecil tapi berjaya. yang membanggakan sekali 100% bumiputra. owner dia melayu. pekerja dia pun kebanyakannya melayu.yang selebihnya foreigner laa. YAZ ni menyelenggarakan kenderaan jabatan kerajaan dan swasta. aku duduk dekat atas sebagai assistant kakak2 cantik dekat atas ni. walaupun aku ni praktikal die trainee aku macam pekerja tetap. huaaaa.. *tak ada la teruk sangat pun. sikit laa. but, banyak benda lagi la aku nak kena belajar dengan dieorang. nasib baik laa akak2 office ni sporting2 belako.

sepanjang 2 bulan aku dekat sini banyak benda juga lah yang aku merasa, yang aku belajar. walaupun kadang2 dieorang sendiri yang pening nak ajar aku. *saya ni lembab sikit, pelupa pun yer juga muda2 ni.
kesilapan masa buat kerja. tak yah cakap. itu normal laa kan. baru lagi kot. takkan lah benda yang kau baru belajar terus perfect kan. kalau kau orang macam tu memang aku salute laa. boleh bertapa dekat orang macam tu. hehe. senang hidup. always perfect. kan kan kan. walaupun belum terlalu mencabar sangat apa yang aku lalui sekarang. tapi, sekurang2 nya satu hari nanti kalau aku kerja tempat lain aku boleh praktikkan apa yang aku belajar dekat sini. pejam celik pejam celik. sekejap je dah masuk 2 bulan aku dekat sini.

back to normal, aku cuma tinggal lagi 2 bulan je lagi untuk tamat kan praktikal aku sekarang. dengar 2 bulan tu alah baru 2 bulan kan. tahap azam masa praktikal tu Allah S.W.T jela yang tahu macam mana. kalau company besar maybe lah kot tak banyak benda nak buat. pekerja pun ramai yang ada kerja masing2. tapi dekat tempat aku ni kerani nya pun ada lah 2 orang. semua benda longgong naik atas. customer sepanjang masa call tak berhenti. tapi, tak boleh nak ngelak jee. sebab itu dah memang kerja kan. so, redha jela!!.

lepas praktikal ni kena buat report pula. itu satu beban yang paling berat yang aku kena buat. waaa... dulu berat sangat nak buat assigment yang berlambkr tu kan. sekarang buat lah kau report yang tebal tu. oke laa. sampai sini je yang mampu aku nak cerita, dilain hari, dilain waktu. kalau ada kesempatan, aku update lagi. itu pun kalau ada modal nak cerita laa kan. hehe.

#poppye #publish

#ciksitifairuz

Wednesday 15 January 2014

MUKADIMAH..2014

SELAMAT TAHUN BARU..Poppye 2013..ASSALAMUALAIKUM 2014..

okey aku tahu dah lambat sangat nak wish selamat tahun baru. dan yang paling penting SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL. aku rasa belum terlambat untuk wish for all muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia mahupun di luar negara. tak lupa juga aku nak selitkan sekali, selamat menyambut hari pungghal kepada semua kaum hindu (bcoz classmate aku ramai hindu..selit je sekali). pon bolehhh~~ pada tahun lepas memey banyok dugaan yang melanda. gapo dio.. baik laa gua je yang tahu. ceh macam berat sangat jee kes. biasa laa setiap tahun mestilah ada dugaan dia kan. but,lupa kan semua tu buka buku baru. bak kata kawan-kawan kau..kawan kau cakap bukan aku..barang yang lepas jangan dikenang. hehehe.

 "kenapa letak tajuk mukadimah?"

terima kasih kepada mak lijah coz bertanya. waa kelas kau kiah. kau ingat kau famos!
mukadimah sebab telah sekian lama aku dan the ladies code gang..keluar me-releasekan tension masing-masing dengan keluar nyambut tahun baru dekat Seremban. *walaupun concert cina.
layann kan aje. yang penting dapat keluar dari kolej. wuahahaha.
sumber :IQIAHH.

inilah hasilnya bila gadish-gadish keluar berjimba.wahaha. apa?ada lelaki? memey laa dialah driver nya. hahaha. kesian dekat dia kan semua gadish2 die je bujang. nak buat guane. balun jela. nasib kena ikut.haha
"thank bro bawak,kalau idok. main mercun dalam kolej jela." dan yang paling sedih sekali.....this is last!

dengan ini saya ingin mengumumkan. saya bakal meninggalkan zaman siswa siswi saya pada tahun ini. wahhh. dah nak grad dow. *betul ke macam tu grad?balunnnn~
sedih maa nak tinggal kawan2 semua. tah bila lah dapat jumpa dieorang kan. tambahan pula kawan2 from club wataniah terchenta tu. waduh..banyak kenangan meyyy. sedih woo bila fikir2 kan. Insya Allah kalau tahun depan ada event boleh lah datang kot. Insya Allah laa kan. kalau sempat dan ada kesempatan. moga-moga berjumpa lagi. sem depan kau akan melangkah ke alam pekerjaan. walaupun just practical. keje lah tu kan. takut takut. moga segala urusan dipermudahkan. aminn~ 

minggu depan exam bhai. masak mak nak. satu benda pun tak prepare lagi. study pun kelaut ni ha. nasib baik dua payper je. kalau tak kebulan boh. hangus hangus..GOOD LUCK for myself and to all my friend yang bakal menduduki final exam. termasuklah kepada yang baca blog ni. *ada ke yang nak baca.hehe.


#permulaan untuk perjuangan yang baru  #fighting

#publish




Wednesday 18 December 2013

i love you MOM

Mother,

A mother is someone who love you so much,
that we sometimes can't understand it.

A mother is someone who make us realize how good we are
there is no better than us.

Her happiness is in our laughter,
and sorrow in our sorrow.

She is someone we can't live without,
She is everything.

Mother is the most precious in this world.

#publish  #mom is my everything

Wednesday 4 December 2013

dust !!!

sudah sekian lama aku menyepikan diri. tidak berkunjung ke laman blog ini. macam dah telan dek zaman rasanya. dek kerana sibuk dengan pelajaran, almaklumlah bakal graduate. *sebenarnya tak ada benda nak cerita. ini pun sebab boring + tak boleh tidur. moh ler kita mengarut sekejap.

sem ni aku last dekat kolej ni. tak ada la last mana pun. sem depan ada praktikal pula. datang juga lah kolej ni nanti kan. tapi, tamat lah sesi pembelajaran yang sangat2 lah aku nanti kan. tak larat dah nak perah otak woii buat assg, test, quiz dan seangkatan dengannya lah. kawan2 aku yang lain ramai yang dah  habis. sem ni tinggal berapa kerat je haa. sem depan memang semua geng geng yang sekutu dengan aku habis terus (1 batch). yang lain2 tu ada lah juga, degree and yang nak tua dekat kolej ni. hahahaha. maaf maaf.

yang paling aku cuak sekali makin dekat nak habis ni makin aku risau pula kalau2 aku jadi penanam anggur yang berjaya pula. yang dah habis semua tak sampai 3 bulan habis. tahu2 dah start kerja dah. amboi, lubuk mana korang cari kerja terus dapat. aku yang duk cari tempat praktikal ni pun risau ha tak tahu nak praktikal mana. tah dapat tah tidak. *pikir pun dah cuak,ini kan nak pergi.huuu..

but,lepas ni hanya tinggal kenangan lah. lepas ni request 3 tahun sekali buat reunion. haa..oke tak macam tu?
setiap 3 tahun sekali jee jumpa. time tu kau nak tahu kau kawin ngan siapa,anak kau berapa pun tak pe. macam update. tahu jee apa korang buat selama 3 tahun. hurrmm~~ ada ke yang nak setuju benda senget ni.? kot2 ada yang dah duduk oversea masak nak kena balik. semata2 reunion. daebakk!

hye, banyak dah kenangan dekat LAGENDA COLLEGE ni. yang suam2 kuku, yang payau semua rasa laa dah penah lalui. gaduh baik, gaduh baik, kau salah, aku salah, kau jahat,aku baik. semua ada. lepas ni masing2 dah masuk ke dunia baru. lagi banyak dugaan. moga semuanya dipermudahkan. Insya Allah. Aaminn~

oke. dah tak tahu nak ngarut apa. kita berhenti setakat ini sahaja lah. nanti kalau ada mood dan ada cerita nak dikongsikan. akan aku update lagi lah. selamat tinggal.

peringatan:jangan minum nescafe tengah2 malam.nanti tak tidur sampai ke besok. motive? tak ada. salah sendiri.

#publish #ciksitifairuz




Sunday 29 September 2013

jiwa kacau,mental koyak.

Assalammualaikum uolls.sekarang jam menunjukkan pukul 4.33 a.m.good morning uollss.wah wah wah stress.sekarang still tak boleh nak lelapkan mata.cari bahan untuk assignment macam cari harta karun zaman purba.punyalah susah nak cari.buka benda lain,benda lain yang keluar.masalah.alang2 tengah serabai ni.ambil kesempatan update blog yang dah lama tinggal ni.

masalah paling berat dan paling besar sekali MALAS.itulah satu perkataan yang dapat diungkapkan.bila dah cari bahan tak jumpa malas lah jadinya.tapi nak buat macam mana.nak tak nak kena buat juga lah kan.terpaksa.kalau tak memang fail lah jawabnya sem ko kali ni.adat belajarkan bak kata orang "awam".makin dekat nak habis belajar ni makin malas pula nak buat kerja.yela dah tahu bila nak habis studie.malas dia menjadi-jadi.

sekarang pula dah dekat nak final exam.makanya assignment memang kena kejar sampai dapat lah kan.dah tak tahu nak buat mana satu assignment dah.semuanya main tangkap muat je buat keje.sini sikit,sana sikit.yang ini due date dah dekat kita buat,due date lambat kita tinggal dulu.haru haru.lemas dalam assignment,test and quiz. arghhhh..stressss!


aku tahu teruk sangat kan gambar dekat atas tu.memang aku rasa dah macam orang tu je sekarang.
cepatlah habis belajar dah tak larat dah rasa nya.ini yang ada hati konon nak sambung lagi degree.hurmm,tak payahlah cik fai oii.buang maso yoo.ngadap lagi 3 tahun for degree.tak silap lagi haru nanti.tapiii..nak sambunggg...(baca dengan nada sedih).waduh waduh gawat ni..

tapi tak apa.memandangkan gua tinggal lagi beberapa bulan aje lagi.gua akan buat yang terbaik.Insya Allah~ dengan izin Allah.s.w.t akan di permudahkan semua urusan aku sebelum habis belajar sampai lah aku habis belajar ni. aaaminn~. sampai disini sahaja luahan perasaan.nanti akan aku sambung lagi dimasa akan datang.ingin ku teruskan perjuangan ku dimedan perang.wachaaaa. *high kick*

#cikSitiFairuz  #publish