Tapi sayang bila aku mula seronok ada halangan yang tak dapat aku elakkan. demi kebaikan aku dan keluarga aku balik ke negeri tempat aku menetap dari kecil. aku balik Seremban. aku minta izin mak dengan bapak aku nak bertukar ke sekolah yang berasrama sebab aku dah selesa duduk asrama. jadi aku nekad nak teruskan juga duduk asrama. akhirnya aku berpindah ke sekolah di kawasan perkampungan. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG GELAMI. aku lalui lagi kehidupan sebagai seorang pelajar asrama. guru guru sekolah ini lah yang telah menjadikan aku sebagai seorang anak murid yang berguna. guru guru di sekolah ini lah yang buat aku belajar percaya dengan diri sendiri. guru guru sekolah ini lah yang telah memberi aku semangat dalam pelajaran semasa aku jatuh kegagalan. jasa guru guru ini tak akan pernah aku lupa kan sampai bila-bila.
Mereka merupakan ibu bapa kita semasa di sekolah. mereka lah yang menjaga kita semasa ketiadaan ibu bapa kita. tanggungjawab mereka umpama memikul tanggungjawab ibu bapa kita, tapi anak-anak murid zamn sekarang ada yang sangat berani menindas guru,meninggi kan suara dengan guru,tak takut melawan cakap guru,tak reti menghormati guru. mereka menurunkan ilmu untuk kita menjadi insan yang berilmu. tidak mudah ditindas oleh orang lain satu hari nanti. andai aku boleh putarkan masa. aku nak balik zamn sekolah. aku nak belajar betul-betul. menjadi lebih focus dalam kelas. mendapat keputusan yang lebih baik daripada apa yang aku dapat. tapi semua tu dah terlambat. tapi aku bersyukur kerana didikan mereka dan ilmu yang mereka berikan aku dapat menjejakkan kaki aku ke alam universiti. kalau diberi kesempatan aku nak sangat jumpa cikgu-cikgu aku & aku nak mengucapkan sangat-sangat berterima kasih kepada mereka kerana telah mendidik aku dan rakan dengan sabar dan memberikan kami perhatian umpama anak sendiri. terima kasih cikgu.
Besok bekas sekolah aku ada sambut hari guru. tak dapat pergi. tema tahun ni ''come back to school''. mesti meriah cikgu-cikgu pakai baju sekolah semula. waa. kawan kawan aku ada yang pergi.seronoknya kalau dapat join sekaki. tapi apa nak buat tak berkesempatan. so,maybe lain kali laa kan.
kepada adik-adik yang masih bersekolah tu,atau awak awak yang masih belajar tu. hormat la guru kita. andai kita salah rela kan aje. kalau dia salah cakap la baik-baik tak payah nak tengking-tengking.
#Selamat Hari Guru to all my teacher & my lecture.thank u so much.
#this entry is publish Tweet



No comments:
Post a Comment