hey,my little friends

Wednesday, 23 January 2013

hari bunga kembang setaman

finally i go to KOREA..i'm so happyyyyy..*waklu g korea&taw gambar sme dhn header.huahua*. just joking,mne ada aku pergi korea. ceruk mana pulak lah aku dapat duit nak pergi korea.*pasport pon tak ada,berangan jela kau kiah*haaa kan.
sebenarnya ini gambar masa rombongan kolej pergi PD. tak tahu lah siapa yang snap pic ney. but nice,i like. aku post gambar ney sebab hati aku tengah berbunga-bunga sekarang nie. cewahhh..bunga sebab pe? haaa...sebab dah musim bunga kembang setaman macam nie la. jadi gedik terlebih gedik tahap tak ingat. aku pun tak tahu laa kenapa sekarang ni ada something yang buat aku happy and kalau ingat boleh buat aku sengih sampai ke telinga. kadang2 duduk termenung sorang2 pun boleh sengih.
 hahahaha..mengapa kah?? ohhh tidakkkk....betul ke apa member2 aku cakap.

''aku rasa ko nie dah tersyok dekat someone laa fai,ko dah feeling ea??''

yes i agreed i have someone in my mind,but,aku tak rasa yang aku suka dia. aku selesa kawan dengan dia and bila dengan dia aku boleh jadi siapa diri aku. aku tak payah nak cover2 yang aku nie konon2 nya wanita ayu seantero dunia*betul ke eja dia,whatever*. maybe sebab aku suka cara dia layan aku. walaupun dia layan aku dengan cara yang agak kasar dipandangan orang lain. but,that us.memang orang tengok tak elok kan. sekarang nie kalau tengok dia or nak jumpa dia rasa macam nak terkeluar jantung aku nie. suka ke tu??or more kepada segan?? yaaa,aku mengaku aku pernah suka dekat dia. tapi itu setahun lepas,dah lama sangat dah. dia pun dah ada pilihan hati sendiri. kalau betullah aku suka dia for second time,takkan aku nak masuk dalam hati dia yang dah diisi kan??nonsense laa macam tu. aku suka cara dia. itu je, tak lebih pon. lagi pun biasa la kan orang yang kita suka memang kita sukar nak dapat,kalau dapat ALHAMDULILLAH,JODOH.
aku juga ada teringat kata2 USTAZ AZHAR IDRUS.

''berdoalah bertemu jodoh dengan orang yang kita suka sekarang,INSHA ALLAH jodoh itu ada''bunyi dia seakan akan macam ni juga lah kowt.

aku sokong ayat ney. sebab,jodoh kita kena cari bukan hanya menunggu ia datang sendiri pada kita. kalau kita tak usaha mencari siapa pasangan hidup kita, kita tak akan tahu siapa dia.kan kan kan???*dah macam doktor cinta pulak >,< *.yelah, kalau kita suka dekat orang tu kita sepatutnya berusaha untuk menambat hati orang tu supaya tertarik dengan kita or buat dia perasan dengan kehadiran kita. bukan bila dia tak layan, ok bersih kan tangan and bla macam tu jee.*tiru ayat buku nampak.hiikhikhik*. well,aku pun tak arif sangat bab2 nie, tapi aku tengok keadaan sekeliling dan dengar pengalaman orang lain. semua macam tu. ada yang berani ambil risiko dengan terus luah kan apa yang dia rasa,ada yang pendam takut nak bagi tahu. tapi,itu terpulang dekat individu tu nak settle kan masalah hati diaorang macam mana kan??sooo,korang pulak macam mana??jom laa share...

from me,our cute miut owner blog : cik siti fairuz

~publics~

Monday, 21 January 2013

Hati yang ajaib

Cikgu : Murid2.. Sape yg tahu
apakah 7 bende ajaib dalam
dunia?
Boon Kok Keong : Piramid
cikgu..
Cikgu : Bagus...lagi siapa yg
tau..sila bangun..!!!
Gopal : Taj Mahal..cikgu..
cikgu : Bagus...lagi....!!!
Husin : HATI..cikgu..!!!
Cikgu : Aik..kenapa pulak
hati ???boleh kamu terangkan
pada kelas..???
Husin : Sbb hati manusia ni..
Orang x nampak. Tapi boleh
rasa.. Kalau hati menangis..
Xde sape buleh dengar. Dalam
hati ada macam2 rasa..marah,
geram, kecewa, gembira dan
macam² lagi. Tuhan ciptakan
hati manusia ni sama tp tak
serupa. Bende² yg manusia
cipta tu bukannya ajaib cikgu..
Itu cuma tinggalan sejarah
lama. Sbb manusia hari ni..
Boleh buat bende² yg serupa
dengan bende² tu semua.tapi
xde sape yg buleh cipta hati
manusia..cikgu...!!!
huhu....
i like this story,have a good massage. betul betul betul. hati kita ney memang ALLAH sama tapi apa yang kita rasa dalam hati berbeza. hati nie laa satu benda yang kita paling kena jaga. tak kira laa untuk kita atau untuk orang lain. hati satu benda yang paling sensitif. tapi,kita tak boleh terlalu ikut kata hati. sebab kadang2 ikut hati mati. so,kita sebagai manusia tak salah kalau kita mengalah untk jaga hati orang lain. memang ramai yang mengadu.
  ''asyik aku jee nak jaga hati orang,orang tak pernah pun nak jaga hati aku''
sabar lah kerana satu hari nanti ALLAH akan bagi ganjaran di atas kesabaran kita menjaga silaturahim antara kita.kerana,bila putus nya tali persaudaraan itu dimurkai ALLAH.so,moh ler kita sama sama menjaga hati orang disekeliling kita.sabar lah selagi kita masih boleh bersabar.kalau nak tegur orang tu tegur laa dengan cara yang elok.jangan lah maki maki orang tu.memang tak laa dia nak dengar nasihat kau,kn kn kn?? makanya,jaga lah hati jangan kau kotori,jagalah hati cahaya ILLAHI.
kerana hati juga timbulnya rasa sayang dan cinta.cewahh..dah masuk bab cintan cintun plak.*OUT OF STORY*yela,bak kata orang DARI MATA TURUN KE HATI. huahuahua...

Monday, 7 January 2013

Adab memberi salam

1- Orang yang berkenderaan hendaklah memulakan salam agar tidak sombong dengan kenderaannya.

2-Orang yang sedikit hendaklah memulai salam untuk menjaga hak orang banyak kerana hak mereka lebih besar.

3-Anak muda hendaklah memulai memberi salam untuk menghormati dan tawaduk kepada orang tua.

Hal ini sebagaimana hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan memberi salam kepada orang yang duduk, dan orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang banyak."

Dalam riwayat Imam al-Bukhari disebutkan, "Dan orang muda memberi salam kepada orang tua."

kita tidak selalu di atas..

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata, ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: ''Demi Allah, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu.

Rasullullah S.A.W bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''. Allahuakhbar.

Thursday, 3 January 2013

muhasabah cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuesday, 1 January 2013

the moral story is??

 hye all..hari ney aku terasa boring yang teramat laa sangat dekat rumah.baru je balik dari bercuti.dapat cuti free seminggu tak kan nak lepas kan peluang bercuti bersama keluarku yang tercinta kan kan kan??haa..seminggu cuti nie aku dan keluarga memanfaatkan cuti yang aku ada dengan cuti bapak aku yang tak luak.balik lah ke kampung belah mak aku dekat perlis lah.mana lagi kan?rasa nya baru jee balik kampung hari tu.tapi dah banyak yang berubah.terasa macam dah lama tak balik pulak.sesat laa jugak dekat sana*kampung sendiri sesat*.nak buat macam mana kan,zaman dah maju.sekarang nie PERLIS dah menjadi tumpuan pelancong.WHY?sebab kalau korang nak naik ferri pergi PULAU LANGKAWI mesti masuk perlis dulu.pergi jeti kuala perlis.so,menyelam minum air jalan2 la dekat perlis.''MAI LAA KE KAMPUNG KAMI''makanya,majulah kampung ku jua.hehehe...gambar??lupa nak upload masuk dalam lappy.so,hehehe...gambar kampung aku len kali la no aku bagi hampa tengok.kompem hampa suka punya la.kalau cerita bab balik perlis ney,family aku ada satu tabiat.expecially my dad.bapak aku dia suka buat keputusan secara mengejut kalau nak pergi mana-mana.sama lah macam cuti seminggu yang aku ada ni.hari-hari soalan sama.soalannya ialah:

''along start cuti bila?''

''hari isnin,sabtu ni along balik lah.kenapa mak?''

''tak pa laa.nanti senang bapak nak p ambil''

''ooo,nanti along call laa''

malam sabtu mak datang ambil.

''along cuti isnin kan?'''

''haa,awat mak?''

''dok,bapak nak balik perlis malam nie''

dengan gangster nya mak aku mengeluarkan statement itu.waaa...rock kapak toll laa bapak aku.selamber je buat keputusan.memang lah dah biasa dengan keadaan macam tu.tapi,ini dah kerap sangat ni.boleh lemah jantung aku terkejut je manjang.*apadaa*
sebenarnya,bila kita buat sesuatu yang tidak dirancang ni best taw.sebab ni cara orang yang berani mati jee boleh buat.hahahaha...maksud aku tu orang yang sanggup tanggung risiko berjalan jauh la.
hampa ingat perlis tu dekat kaa??kalau ikut pala pak aku memang 10J perjalanan nak balik perlis jaa.10J bukan sebab bapak aku bawak kerata macam kura-kura.tidak tidak..10J di peruntukkan untuk singgah semua tempat yang terasa best dikunjungi.barulah namanya holiday.biar lambat asal selamat.jadi setelah seminggu aku dekat sana.tibalah masanya aku pulang ke negeri tumbesaran ku*tempat membesar a.k.a rumah*

NOW.2013 laa..
papai 2012,welcom 2013.
lepas je tahun baru aku balik kolej balik untuk menunaikan kewajiban aku sebagai seorang pelajar yang bertauliah tak graduate lagi.lambat betul nak habis.huh!aku tak sambut tahun baru dekat luar tapi malam tadi aku sambut tahun baru dengan meraikan seorang hari lahir seorang kawan aku.
gambar die solo tak ada.jadi dengan aku2 sekali la masuk.hehe..yang belah kiri hujung tu lah birtday girl.habis bermandi kan tepung dan telur.jadi pencake dah kawan aku tu.maaf laa ea.gambar masa bezday dia belum di upload.so,nanti2 laa aku tunjuk kan yer.hehe.aku yang bukan birtday girl nie pon kena sekali.huk alohhh,gane ney.haha.but its ok.i enjoy it.inilah caranya nak rapatkan hubungan dengan kawan2.apa salahnya korang join jee aktiviti yang diaorang buat kan.walaupun korang rasa itu macam keanak-anakan but 1day that will be your sweet memory.dan menda tu lah yang akn korang ingat sampai bila2.hehe..selepas jee kejadian itu berlaku keatas diri aku,aku pun bertungkus lumus balik untuk menyucikan diri aku yang dah macam cekodok belum siap.
setelah penat berlari berkejaran.cewahhh...lagu dinda kanda kau kiahh.tak boleh blahhh..aku pun sampi lah tahap keboringan aku yang di tahap paling max.sampi terkeluar meter.carilah cerita2 best.dan aku terpanggil.aisehh..untuk menonton satu malay movie yang orang kata BEST!maka,untuk melihat tahap mana yang bestnya cerita tu.aku pon mula kan operasi mencari cerita tersebut di  !klik sini! dekat sini lah aku selalu tengok cerita2 baru.tak perlu ke pawagam terdekat.depan mata nie dah dekat dah.*tapi siapa tak ada wifi boleh lah ke pawagam terdekat*back to story,aku pon mulakan lah langkah pertama.cerita yang aku nak tengok tu ialah




korang mesti nak cakap aku tengok cerita tah apa-apa kan.cerita macam nie pon nak layan bla bla bla..memang kalau kita tengok dari luaran macam mengarut je cerita dia.tapi,isi dia yang buatkan aku suka tengok dan setiap inci dalam cerita ni aku rasa menarik dan tak kosong dengan ilmu yang patut kita tahu.banyak moral dalam cerita terutamanya tentang agama islam.kalau tengok gambar tapi tak tengok cerita kita tak tahu.so,kalau korang nak tahu cerita nie karut ke tak.korang tengok lah sendiri. !klik sini!
 ambil nie.sekali dengan link2 cerita dia aku bagi.korang nilai lah sendiri cerita dia macam mana.yang penting i loike this movie berbillion2.tak terkira.so,i hope u will enjoy when u watch it's.