hari ini nak cerita pasal fitrah berkasih.semua orang pernah
berasa di kasihan mahupun ingin berkasihkan.so,hari ni wa nak cerita sikit
pasal KASIH.sumber nya aku ambil dalam buku DARA.COM mesti ada yang pernah baca
kan tapi tak apa, aku nak kongsi juga dengan korang mana yang tak pernah layan
buku DARA.COm tu. baca jela dekat sini. hehehe. aku buat nak post benda ni
sebab..aku rasa benda ni macam kena dekat aku je. Mak aku risau tengok aku tak ada siapa2 lagi dalam umur aku sekarang yang dah makin naik.*mak along muda
lagilah*. Tapi aku pun tak boleh salahkan mak aku,maybe sebab dia risau aku
jadi anak dara tak kawin2 sampai ke tua. Aku faham. Bila aku duk silak2 buku
aku ternampak lah pulak pasal benda alah ni. Rasa macam nak share. So dengan
kekuatan yang ada dan masa yang terbuang dek cuti sem. Tak tahu nak buat apa. Aku
update lah pasal benda ni untuk semua orang yang sama situasi dengan aku. Buat kepada
sesiapa yang bakal mendirikan rumah tangga selamat pengantin baru. Siapa yang
dah mendirikan rumah tangga tu tahniah *expecially kawan aku yang dah selamat
di ijab kabulkan 2 minggu lepas. Tak dapat pergi sebab final exam..huargghhh*
Kegelisahan, kedukaan, dan air mata adalah sebahagian
daripada sketsa hidup dan kehidupan sebagai seorang hamba ALLAH S.W.T didunia
ini. Titisan air mata yang lahir dari hati berselaputkan kegelisahan jiwa
terkadang memilukan,hingga mencipta keresahan dan kebimbangan. kadang kala
kedukaan disebabkan kerinduan yang amat sangat menyebabkan kepedihan yang
menyeksa dada. jiwa kita yang rapuh pun tertanya-tanya di manakah pasangan jiwa
berada. hati pula menjadi gelisah seperti anak kehilangan ibunya.
FITRAH SEkeLiaN HambA
Keinginan
bertemu dengan pasangan hiudp yang dikatakan jodoh kita itu memang lumrah.semua
itu hadir tanpa disedari oleh diri kita sendiri tanpa sedar juga ia telah
menjadi sebahagian perkara yang akan kita fikirkan secara tiba-tiba,tak kira
dimana-mana pun.sebuah fitrah pula setiap hamba ingin menjdi seorang suami
isteri atau seorang ayah ibu yang terbaik untuk keluarga masing-masing.ada juga
yang memikir atau berimaginasi keluarga yang bagai mana mereka
inginkan.pasangan bagai mana yang mereka harapkan dan berapa ramai kah zuriat
yang mereka inginkan.dengan sentuhan kasih sayang hati akan tersentuh dan akan
terbentuk jiwa-jiwa yang suci.sesiapa yang belum menemui pasangan jiwanya
seperti aku.hehe..bersabar lah.Insya-Allah akan dipertemukan suatu hari nanti. kepada
wanita yang telah berumur ,masih belum bertemu jua.jangan lah hampa dan ingat
lah kita bukan hidup untuk di dunia fana ini saja kerana masih ada akhirat .sesungguhnya
setiap manusia telah diciptakan berpasangan. Insya-Allah kamu akan bertemu pasangan
di akhirat kelak.selama dia beriman dan bertaqwa serta sabar dengan setiap
ujian-NYA barangkali sang pasangan pun tidak sabar untuk bersua dan menunggu di
pintu syurga.orang2 yang single-mingle macam aku ni bila baca mula2 tu agak
sentap gak laa kan.bila dah baca tu.waa..rasa macam nak melilih pula air mata
ni.
IkhTiaR , MunaJAT
& UNtaiAn DoA
Keresahan
dan kegelisahan jangan lah sampai mngubah pandangan terhadap sang pemilik
cinta. Kalau rasa itu selalau menghantui , jangan ah biarkan hati lara sendiri.
Serahkan segala-galanya kepada yang maha kuasa, bukankah Dia MAHA MEMBERI &
MAHA MENGASIHI. Tak payah bandingkan diri korang dengan orang lain. Setiap porang
ada kelebihan dan kekurangan. Kita ada kelebihan yang orang lain tak Nampak dan
kekurangan yang orang lain tak Nampak. Bezanya cara kita membawa diri. Aku akui
aku juga seorang yang kurang yakin dengna kebolehan diri sendiri dan tak senang
untuk bergerak sorang. Keyakinan diri aku memang rendah sangat2. Tetapi Setiap pemberian
yang Allah berikan adalah yang terbaik untuk kita. Cuma kita kena corakkan
kehidupan kita. Jangan lah bersedih kalau kita belum berjumpa pasangan hidup. Menangislah
ketika memohon kepada-NYA di setiap sujud. Insya-Allah dia akan perkenan kan
doa kita. Aminn..kepada pembaca tu jom lah kita berdoa berjumpa pasangan hidup
kita atau mudah dipanggil jodoh kita yang di tetapkan oleh NYA. Bukankah kalau
sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari ke mana. Kerana setiap roh telah
menyatukan dengan jasad, siapa belahan jiwamu pun telah dituliskan-NYA.
Dalam menunaikan hasrat seseorang insan, Allah kadangkala
takdirkan pelbagai kejadian dan dugaan dalam episode hidup kita agar kita
belajar, mendapat pahala, menemui pelbagai hikmat dan menjadi hamba yang lebih
bersyukur dan akur dengan keagungan-NYA. Cara kita menerima ganjaran tak
semestinya sama dengan orang lain. Allah ada pelbagai cara untuk memberikan
ganjaran kepada hambanya. Kita hanya mampu merancang hidup kita, tapi ingat lah
yang menetukan segala nya hanya lah Dia, Allah S.W.T.
ITU LebiH BAik
Ramai yang
kecewa kerana cinta, terlalu taksub atau mempercayai cinta bertahun lama nya
bersama si pujangga hati akhirnya terputus di tengah jalan. Semua janji yang di
rancang hanya tiggal janji. Memang tak salah, aku pun kalau dekat tempat orang
tu pun sama juga. Meratap sorang diri, teringat. Setiap benda yang kita buat
akan mengingatkan kita pada si dia. Allah akan memberikan ganti yang lain, yang
mungkin insan kurang suka, tapi itu lebih baik untuknya. Demikian Allah
menegaskan (maksudnya ) :
…DAN BOLEH JADI KAMU
BENCI KEPADA SESUATU PADAHAL IA BAIK BAGI KAMU,
DAN BOLEH JADI KAMU
SUKA KEPADA SESUATU PADAHAL IA BURUK BAGI KAMU.
DAN (INGATLAH), ALLAH
JUALAH YANG MENGETAHUI (SEMUANYA ITU),
SEDANG KAMU TIDAK
MENGETAHUINYA…
(surah
AL-BAQARAH:216)..
Tweet



