sudah sekian lama aku menyepikan diri. tidak berkunjung ke laman blog ini. macam dah telan dek zaman rasanya. dek kerana sibuk dengan pelajaran, almaklumlah bakal graduate. *sebenarnya tak ada benda nak cerita. ini pun sebab boring + tak boleh tidur. moh ler kita mengarut sekejap.
sem ni aku last dekat kolej ni. tak ada la last mana pun. sem depan ada praktikal pula. datang juga lah kolej ni nanti kan. tapi, tamat lah sesi pembelajaran yang sangat2 lah aku nanti kan. tak larat dah nak perah otak woii buat assg, test, quiz dan seangkatan dengannya lah. kawan2 aku yang lain ramai yang dah habis. sem ni tinggal berapa kerat je haa. sem depan memang semua geng geng yang sekutu dengan aku habis terus (1 batch). yang lain2 tu ada lah juga, degree and yang nak tua dekat kolej ni. hahahaha. maaf maaf.
yang paling aku cuak sekali makin dekat nak habis ni makin aku risau pula kalau2 aku jadi penanam anggur yang berjaya pula. yang dah habis semua tak sampai 3 bulan habis. tahu2 dah start kerja dah. amboi, lubuk mana korang cari kerja terus dapat. aku yang duk cari tempat praktikal ni pun risau ha tak tahu nak praktikal mana. tah dapat tah tidak. *pikir pun dah cuak,ini kan nak pergi.huuu..
but,lepas ni hanya tinggal kenangan lah. lepas ni request 3 tahun sekali buat reunion. haa..oke tak macam tu?
setiap 3 tahun sekali jee jumpa. time tu kau nak tahu kau kawin ngan siapa,anak kau berapa pun tak pe. macam update. tahu jee apa korang buat selama 3 tahun. hurrmm~~ ada ke yang nak setuju benda senget ni.? kot2 ada yang dah duduk oversea masak nak kena balik. semata2 reunion. daebakk!
hye, banyak dah kenangan dekat LAGENDA COLLEGE ni. yang suam2 kuku, yang payau semua rasa laa dah penah lalui. gaduh baik, gaduh baik, kau salah, aku salah, kau jahat,aku baik. semua ada. lepas ni masing2 dah masuk ke dunia baru. lagi banyak dugaan. moga semuanya dipermudahkan. Insya Allah. Aaminn~
oke. dah tak tahu nak ngarut apa. kita berhenti setakat ini sahaja lah. nanti kalau ada mood dan ada cerita nak dikongsikan. akan aku update lagi lah. selamat tinggal.
peringatan:jangan minum nescafe tengah2 malam.nanti tak tidur sampai ke besok. motive? tak ada. salah sendiri.
#publish #ciksitifairuz