hey,my little friends

Monday, 4 August 2014

penyakit hati.

Kita sebagai orang Muslim hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT, yang sentiasa memelihara diri kita dari menjadi musyrik, dan munafik iaitu dengan cara mendekatkan diri kepada Allah SWT mengerjakan peritahNya dan menjauhi laranganNya.

Manusia saling memerlukan di antara satu sama lain. Apabila saling memerlukan maka ianya memerlukan kepada pergaulan. Di dalam berinteraksi ada banyak perkara yang perlu dijaga dari segi adab pergaulan, pertuturan dan perbuatan antara kita dan orang lain, lebih-lebih lagi dengan mereka yang selalu berada di sisi kita dan selalu berinteraksi dengan kita.
Punca tercetusnya rasa dengki dan dendam adalah bermula dari cara pergaulan kita yang boleh menyakiti hati orang lain. Terkadang kita hanya mahu orang lain berinteraksi baik dengan kita namun diri kita sangat tidak memikirkan hal hati dan perasaan dengan orang lain. Lebih-lebih lagi dikala kita dirundung masalah, tekanan dan ujian.
Tidak hairanlah jika ada dikalangan manusia hari ini yang sanggup menganiayai saudaranya sendiri, bermusuhan bahkan membenci secara diam atau nyata terhadap saudaranya. Ada juga yang menyakiti kembali dengan cara yang berbagai-bagai asalkan dirinya merasa terbela dan terbalas. Firman Allah SWT bermaksud : 

”Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa : ”Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau biarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang beriman: Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi maha penyayang.” (Al Hasyr : 10).

Apabila dendam dan dengki sudah muncul maka rasa permusuhan akan ada dengan subur seperti tumbuhan sampai berakar di dalam hati yang akan mengakibatkan perdamaian antara manusia akan hilang. Kalau sudah terjerumus ke arah sifat berdendam, maka awalnya mempunyai dosa kecil maka akan berubah menjadi dosa yang lebih besar. Berawal dari iri hati seseorang kerana orang lain memperoleh kenikmatan, kelebihan atau ada yang merasa tidak senang dengan seseorang atas sebab tertentu, ada sahaja yang dimusykilkan sehingga menghasut orang lain agar membenci dan menyangka yang tidak baik terhadapnya.
Dalam agama Islam, sangat membenci perbuatan seperti ini. Jangan sampai kita terjerumus ke dalam jurang yang tidak baik ini. Mencegah permusuhan merupakan ibadah yang besar menurut Islam. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW

”Mahukah aku beritahukan kepadamu perkara yang lebih utama dari puasa, solatt, dan sedekah?” Jawab sahabat : Sudah tentu ya Rasulallah. Sabda Nabi SAW ”iaitu mendamaikan di antara kamu, kerana rosaknya perdamaian di antara kamu adalah menjadi pencukur yakni perosak kepada agama”. (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi). Dalam Sabda Nabi SAW yang lain :”Janganlah kamu putus-memutuskan hubungan, belakang-membelakangi, benci-membenci, hasut-menghasut. Hendaknya kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara satu sama yang lain (yang muslim) dan tidaklah halal bagi (setiap) muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas ini menyatakan batas bagi mereka yang telah memmutuskan hubungan hanya tiga hari, kerana kemarahan seseorang akan reda selama tiga hari. Putusnya hubungan kita dengan orang lain ini ibarat awan hitam kalau amarah kita sudah reda, awan hitam tadi akan hilang di tiup angin, yang awan tersebut akan menjadi bersih dan terang kembali.
Dendam, iri hati dan dengki merupakan penyakit hati yang bersumber dari kita yang sering melakukan dosa. Bermuhasabahlah, selalu ingat kepada Allah SWT. Dan ingat bahawa harta benda, diri kita dan apa jua bentuk yang bersifat duniawi itu tidak selamanya akan kekal, setiap dari apa yang kita lakukan, bisikan, lintaskan semuanya akan dipersoalkan oleh Allah SWT kelak. Bersediakah kita? Wallahu’ALAM.

#cikSitiFairuz.  #publish

Tuesday, 22 April 2014

new world..new challenge...new experience

selamat kembali ke dunia blogger kepada diri aku sendiri yang dah lama tak menjenguk ruangan maya ni kan. almaklum laa semenjak dah bekerja ni kan. sibuk memanjang. tak sempat nak update apa-apa. cewah macam lah kerja teruk sangat padahal tunggu je kerja datang bergolek depan mata. masa-masa yang lain menyelam sambil minum air. huahua. praktikal je woiii~~

 yup aku sedang menjalani latihan industrial sebelum menamatkan zaman diploma aku. dah 2 bulan dah aku praktikal. baru sekarang nak cerita kan. suka suki makcik laa yer anak2 nak cerita bila. hehehe.. gurau gurau..aku praktikal dekat Somban gak. maleh den nak poiey jauh-jauh hai. Seremban ni pun banyak tempat praktikal ha. aku praktikal mana? aku praktikal dekat satu company yang nak kata kecil, projek berlambak masuk, nak kata besar office dia kecil. *ta lawak laa woi!

 nama company tempat aku praktikal ni YAZ Trading. bagi aku dia satu company yang kecil tapi berjaya. yang membanggakan sekali 100% bumiputra. owner dia melayu. pekerja dia pun kebanyakannya melayu.yang selebihnya foreigner laa. YAZ ni menyelenggarakan kenderaan jabatan kerajaan dan swasta. aku duduk dekat atas sebagai assistant kakak2 cantik dekat atas ni. walaupun aku ni praktikal die trainee aku macam pekerja tetap. huaaaa.. *tak ada la teruk sangat pun. sikit laa. but, banyak benda lagi la aku nak kena belajar dengan dieorang. nasib baik laa akak2 office ni sporting2 belako.

sepanjang 2 bulan aku dekat sini banyak benda juga lah yang aku merasa, yang aku belajar. walaupun kadang2 dieorang sendiri yang pening nak ajar aku. *saya ni lembab sikit, pelupa pun yer juga muda2 ni.
kesilapan masa buat kerja. tak yah cakap. itu normal laa kan. baru lagi kot. takkan lah benda yang kau baru belajar terus perfect kan. kalau kau orang macam tu memang aku salute laa. boleh bertapa dekat orang macam tu. hehe. senang hidup. always perfect. kan kan kan. walaupun belum terlalu mencabar sangat apa yang aku lalui sekarang. tapi, sekurang2 nya satu hari nanti kalau aku kerja tempat lain aku boleh praktikkan apa yang aku belajar dekat sini. pejam celik pejam celik. sekejap je dah masuk 2 bulan aku dekat sini.

back to normal, aku cuma tinggal lagi 2 bulan je lagi untuk tamat kan praktikal aku sekarang. dengar 2 bulan tu alah baru 2 bulan kan. tahap azam masa praktikal tu Allah S.W.T jela yang tahu macam mana. kalau company besar maybe lah kot tak banyak benda nak buat. pekerja pun ramai yang ada kerja masing2. tapi dekat tempat aku ni kerani nya pun ada lah 2 orang. semua benda longgong naik atas. customer sepanjang masa call tak berhenti. tapi, tak boleh nak ngelak jee. sebab itu dah memang kerja kan. so, redha jela!!.

lepas praktikal ni kena buat report pula. itu satu beban yang paling berat yang aku kena buat. waaa... dulu berat sangat nak buat assigment yang berlambkr tu kan. sekarang buat lah kau report yang tebal tu. oke laa. sampai sini je yang mampu aku nak cerita, dilain hari, dilain waktu. kalau ada kesempatan, aku update lagi. itu pun kalau ada modal nak cerita laa kan. hehe.

#poppye #publish

#ciksitifairuz

Wednesday, 15 January 2014

MUKADIMAH..2014

SELAMAT TAHUN BARU..Poppye 2013..ASSALAMUALAIKUM 2014..

okey aku tahu dah lambat sangat nak wish selamat tahun baru. dan yang paling penting SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL. aku rasa belum terlambat untuk wish for all muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia mahupun di luar negara. tak lupa juga aku nak selitkan sekali, selamat menyambut hari pungghal kepada semua kaum hindu (bcoz classmate aku ramai hindu..selit je sekali). pon bolehhh~~ pada tahun lepas memey banyok dugaan yang melanda. gapo dio.. baik laa gua je yang tahu. ceh macam berat sangat jee kes. biasa laa setiap tahun mestilah ada dugaan dia kan. but,lupa kan semua tu buka buku baru. bak kata kawan-kawan kau..kawan kau cakap bukan aku..barang yang lepas jangan dikenang. hehehe.

 "kenapa letak tajuk mukadimah?"

terima kasih kepada mak lijah coz bertanya. waa kelas kau kiah. kau ingat kau famos!
mukadimah sebab telah sekian lama aku dan the ladies code gang..keluar me-releasekan tension masing-masing dengan keluar nyambut tahun baru dekat Seremban. *walaupun concert cina.
layann kan aje. yang penting dapat keluar dari kolej. wuahahaha.
sumber :IQIAHH.

inilah hasilnya bila gadish-gadish keluar berjimba.wahaha. apa?ada lelaki? memey laa dialah driver nya. hahaha. kesian dekat dia kan semua gadish2 die je bujang. nak buat guane. balun jela. nasib kena ikut.haha
"thank bro bawak,kalau idok. main mercun dalam kolej jela." dan yang paling sedih sekali.....this is last!

dengan ini saya ingin mengumumkan. saya bakal meninggalkan zaman siswa siswi saya pada tahun ini. wahhh. dah nak grad dow. *betul ke macam tu grad?balunnnn~
sedih maa nak tinggal kawan2 semua. tah bila lah dapat jumpa dieorang kan. tambahan pula kawan2 from club wataniah terchenta tu. waduh..banyak kenangan meyyy. sedih woo bila fikir2 kan. Insya Allah kalau tahun depan ada event boleh lah datang kot. Insya Allah laa kan. kalau sempat dan ada kesempatan. moga-moga berjumpa lagi. sem depan kau akan melangkah ke alam pekerjaan. walaupun just practical. keje lah tu kan. takut takut. moga segala urusan dipermudahkan. aminn~ 

minggu depan exam bhai. masak mak nak. satu benda pun tak prepare lagi. study pun kelaut ni ha. nasib baik dua payper je. kalau tak kebulan boh. hangus hangus..GOOD LUCK for myself and to all my friend yang bakal menduduki final exam. termasuklah kepada yang baca blog ni. *ada ke yang nak baca.hehe.


#permulaan untuk perjuangan yang baru  #fighting

#publish