hey,my little friends

Friday, 12 April 2013

Emotional 。◕‿◕。✿


memaafkan kesalahan orang lain adalah satu sifat mulia.

''aku maaf kan kau atas apa yang kau dah buat''

wah,sungguh mulia hatimu memaafkan orang yang membuat buruk terhadap mu,yang mempermainkan diri mu.sedangkan aku?tak mampu nak buat benda tu. Walaupun dia kawan aku sendiri mahupun orang yang aku sayang. Bukan membenci tapi tak mampu menerima apa yang telah dia buat.

Walaupun aku tahu memaafkan kesalahan orang lain itu adalah satu sifat yang mulia. tapi aku tak mampu. Tak tahu mengapa aku terlalu kagum dengan orang yang mampu maafkan orang lain dengan mudah. tapi kita tak akan pernah lari dari semua tu.

''hati kau keras''

Keras kah hati aku? salahkah kalau aku tak maafkan dia? sakit hatiku macam mana?
persoalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab. sakitnya hati, malunya diri, terasa kecil dan bodoh kerana terlalu cepat mempercayai kebaikan orang lain. tapi aku redha, Apa yang berlaku ada hikmahnya kan?

sekarang bersedih, mungkin akan datang ada pelangi yang menanti untuk mewarnai hari-hari ku.

publish : cikSitiFairuz

No comments:

Post a Comment