hey,my little friends

Monday, 7 January 2013

Adab memberi salam

1- Orang yang berkenderaan hendaklah memulakan salam agar tidak sombong dengan kenderaannya.

2-Orang yang sedikit hendaklah memulai salam untuk menjaga hak orang banyak kerana hak mereka lebih besar.

3-Anak muda hendaklah memulai memberi salam untuk menghormati dan tawaduk kepada orang tua.

Hal ini sebagaimana hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan memberi salam kepada orang yang duduk, dan orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang banyak."

Dalam riwayat Imam al-Bukhari disebutkan, "Dan orang muda memberi salam kepada orang tua."

No comments:

Post a Comment