hey,my little friends

Friday, 16 November 2012

tak mo tak mo tak mo

JANGAN dalam Islam

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam..
perkara di atas ney bukan lah untuk pembaca jee tapi untuk faii juga lah kan..secara jujrnya perkara2 di atas pernah saya lakukan..NOBODY PERFECT!!tapi kalau kita tahu benda tu salah dan kita ingat tak guna juga kan.So,jom kita sama2 cuba berubah kearah kebaikan.Yela..kan dah masuk tahun baru nie.Azam baru la.hehehehee..walaupun susah kita sama2 cuba untuk berubah INSYA ALLAH..AMIN...Faii bukan lah nak tunjuk pandai buat entry ney..takk~~tapi faii terbaca perkara ney faii nak kongsi dengan semua orang apa yang faii cuba untuk buang dalam diri faii..insya allah..so,apa salahnya kalau kita berkongsikan..kepada yang membaca benda ney jangan lah salah anggap..faii pun tengah mencari diri faii dan sedang mencari apa yang faii nak dalam hidup faii sekrang..faii pun insan yang banyak melakukan kesalahan walaupun dalam usia yang muda..cuma mungkin kesalahan yang faii buat tu berbeza dengan orang lain..faii seorang budak perempuan hingusan yang baru mengenal dunia..jom lah sama2 kita berubah kearah yang lebih baik..insya allah..amin.
chaiyo chaiyok

No comments:

Post a Comment